Jumaat, 13 Jun 2008

KERETA MAMPU BELI, MINYAK TAK MAMPU ISI



Pelik bin Ajaib, Kisah harga minyak masih menjadi agenda utama di mana saja sekarang, MCA Selangor mohon semua cukai kenderaan dan toll dihapuskan, PAS pula mengajak rakyat membuat bantahan dan berdemontrasi jalanan lagi.PKR sibuk membandingkan minyak dengan negara lain.

Kepada yang kaya dan mampu membeli kereta besar sehingga sebuah sampai setengah juta atau tiga suku juta apa nak risaukan. beli sajalah minyak tu,Tapi adakah pemilik kenderaan besar yang sibuk buat bising mengenai kenaikan minyak? aku rasa tidak, bukan mereka yang bising, mereka mampu beli minyak. apa lah ertinya RM2.70 untuk seliter petrol jika dibandingkan secawan kopi yang berharga RM10.00. tak ada apa yang dirisaukan.

Kepada rakyat yang berpendapatan rendah pula rata-rata menggunakan kereta kecil dibawah 1300cc. sudah tentu menjimatkan. dan di tambah dengan subsidi motosikal dan kereta sudah tentu tidak membebankan mereka.

Di Taiping, kereta masih berbaris mengisi minyak dan restoran masih penuh seperti biasa walaupun ada kenaikan harga beras.

Yang penting cara penggunaan kereta dan perancangan ekonomi rumah tangga yang baik dan berhemah. berjimat dan membuat tabungan macam zaman dahulu kala.

Hari ini rakyat sudah lupa kepada program buku hijau yang pernah di perkenalkan oleh Tun Razak. Aku sendiri mempunyai kebun sayur sendiri ketika itu, tetapi hari ini segala-gala di perolehi dari pasar raya. Elok lah selepas ini akan aku mulakan projek kebun sayur bersama-sama anak-anak aku. sekurang-kurangnya keluar juga peluh dan boleh membantu anak dalam proses sains.

So siapa yang sibuk fasal minyak naik?? sudah tentulah puak-puak pembangkang. sengaja membesar-besarkan isu. walaupun mereka tahu kenaikan minyak sukar dikawal. mahu tidak mahu , harga minyak akan terus meningkat ,dan kerajaan Malaysia juga sudah memberi hint sebelum PRU12 lagi tentang kemungkinan subsidi minyak akan di tarik balik untuk menyelamatkan wang subsidi kerajaan, dan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih bermanfaat untuk semua rakyat terutamanya rakyat desa yang teguh menyokong kerajaan BN. Orang bandar hari ini sudah tidak mahu pembangunan lagi sebab itu memilih pembangkang. agaknya kalau tak pilih pembangkang mungkin kerajaan masih boleh bagi subsidi yang tinggi untuk petrol.
sekian...