31 Adun Pakatan di Perak utamakan prinsip keadilan |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Adun-Adun Pakatan Rakyat di Perak tidak menghadapi masalah untuk bekerja di bawah satu bumbung memandangkan mereka mengutamakan prinsip-prinsip keadilan sejagat. KOMEN: Adil kah kalau selepas menang dan memerintah hanya dengan 6 kerusi tetapi merampas pengurusan semua masjid di Perak, dan menyingkir pengurusan asal yang sebahagiannya adalah pengasas yang mewakafkan tanah dan masjid untuk kegunaan orang ramai. Sedih, orang yang bersusah payah mengeluarkan wang ringgit untuk mendirikan sebuah rumah Allah akhirnya di singkir dan di halau dari masjid dan menuduh beliau makan wang masjid. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, Adun Pakatan di Perak rela mengenepikan perbezaan politik demi untuk keadilan dan menunaikan amanah rakyat pada pilihan raya umum lalu Komen: Kalau betul rela mengenepikan perbezaan politik kenapa menyingkir Pengarah Majlis Agama Islam Perak dan memaksa semua jawatan kuasa masjid diterajui oleh orang PAS terutama pada jawatan Pengerusi dan Bendahari Masjid. Biarlah orang lama yang menjadi pengasas pembinaan masjid atau keluarga yang mewakafkan masjid menjadi pengurusinya. Aku nak bertanya kepada Nik Aziz seandainya UMNO memerintah Kelantan relakah beliau melepas kan pengurusan masjid di Kampung Pulau Melaka kepada UMNO, aku rasa dalam keadaan tenaga yang terbatas beliau sanggup mengangkat parang mempertahan institusi yang dibinanya sejak dahulu lagi. Pas tak akan memerintah Perak kerana tak cukup kerusi tetapi sanggup melacurkan diri dan marauh parti kepada sebuah parti secular hanya semata-mata untuk menumbangkan sebuah kerajaan Islam BN.. Pemerintahan di Perak yang diwakili ketiga-tiga parti meneruskan cabaran biar pun terpaksa berhadapan dengan jumlah musuh yang ramai. Komen: Betul seluruh rakyat Perak kecuali yang buta perut seperti penyokong PAS akan menentang pemerintahan Islam Hudud Pas yang melacurkan diri kepada secular.DAP. “Namun ia memberi keyakinan kepada kami dan insya-Allah, atas dorongan semua pihak kerajaan Pakatan terus utuh di Perak,” katanya pada satu pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di Kota Darulnaim, baru-baru ini. Komen: Pakatan yang rapuh dan reput hanya menunggu belah untuk hancur. Apa tidaknya . DAP, PAS dan PKR masing-masing mempunyai agenda sendiri dan akan bermain kayu tiga, depan berlakon dan belakang cucuk mencucuk tipu menipu, DAP menguasi ekonomi dan mengambil tanah-tanah baru . dan PAS akan terus dengan gendang rayanya berceramah ke sana sini menanam kebencian rakyat kepada Pak Lah dan UMNO dan pada masa sama mencari kesalahan orang lama tanpa merancang agenda pembangunan negeri. Beliau mengetuai rombongan anggota Exco Perak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama anggota-anggota Exconya. Mohamad Nizar berkata, “Kerajaan Pakatan di Perak tetap mempertahankan asas kebenaran dan prinsip-prinsip keadilan bersama yang dianggap berbeza dengan negeri lain.” Komen : Kebenaran apa ke bendanya? Tak ada apa yang nak dipertahankan. Hanya menjaga pakatan saja adalah takut 2 orang dari pakatan lompat partio masuk BN. Barangkali ini merupakan sedikit ruang untuk dijadikan contoh bukan saja di Malaysia, bahkan di negara-negara rantau ini. Komen: Ya, contoh kepada anak cucu supaya kencing atas kubur pemimpin PAS hari ini. Ingat apa yang berlaku di Perak akan tercatat dalam sejarah negeri. Dunia akan lihat kebodohan PAS dalam berpolitik. “Apa yang berlaku di Perak diharap turut mendapat sokongan dan doa restu semua pihak bagi meneruskan pemerintahan,” katanya. Komen: Restu siapa? Restu Dap? Restu PKR? restu rakyat Perak? Beliau juga berkata, Kelantan dan Perak mempunyai sempadan yang sama dan khazanah cukup baik untuk dimanfaatkan kepada rakyat. Komen: Pas Perak boleh berkongsi ilmu macam mana nak keluarkan balak macam di Gua Musang Kelantan agar exco-exco Pas Perakj boleh beli kereta Mercedes 420 macam exco Kelantan. Pendirian Mohamad Nizar turut mendapat sokongan Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Perak, Chen Fook Chye. Komen: Memang DAP akan sokong apa juga agenda PAS asal jangan kacau ekonomi Perak saja,Bab Ekonomi biarlah Chen Fook Chye dan sekutu-sekutunya buat. Macamlah dasar pecah dan perintah British dahulu, Orang duduk dikampung diam-diam tanam padi, orang India bikin jalan, tanam getah dan toreh getah, orang cina cari bijih dan berniaga, ketiga-tiga puak buatlah hal masing masing. “Tidak ada deskriminasi. Kerajaan adalah untuk semua. Kerajaan Perak teguh dengan prinsip di mana PAS menggunakan pendekatan agama untuk membawa kenikmatan dan kesejahteraan, KeADIlan memperjuangkan keadilan dan DAP mengutamakan kebajikan rakyat.” Komen: eloklah tu, DAP berkebajikan untuk menambah kekayaan bangsanya. PKR mencari keadilan untuk menaikkan sekutu Amerika menjadi boneka mereka. Dan PAS akan terus bertakbir tak bertempat. “Kita uruskan agenda mungkin tidak sama, tetapi nilai-nilai sejagat adalah sama. Ini dapat menggabungkan parti-parti yang berada di bawah Pakatan Rakyat,” katanya. Beliau juga berkata, kerajaan Perak memperuntukkan sebanyak RM28 juga bagi melaksankana program-program untuk membantu rakyat dari aspek kebajikan dan keperluan asas. Komen:28 juta duit dari penjimatan kerajaan BN di rompak oleh PR untuk mengosongkan tabung negeri sebab PRU 13 PR tak akan dapat memerintah lagi sama seperti Terengganu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yakob berkata, “kerajaan negeri sedia berkongsi pengalaman baru dengan kerajaan Perak . Kita di Kelantan berpengalaman apabila adanya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) iaitu kerajaan dalam kerajaan sehingga ada dua penghulu dalam satu mukim. Kelantan terpaksa berada di dalam keadaan terpinggir selama 18 tahun. Namun perkara seperti itu diharap tidak berlaku di Perak,”katanya. Komen : Sedar juga Kelantan bahawa mereka terpinggir. Soalnya terpinggir atau meminggirkan diri. Jawabnya ialah Kelantan menolak pembangunan ala BN. Dia kutuk BN , kami tak mahu pembangunan cara BN. Sudahlah…bahagia lah kamu bila mengatakan dipinggirkan selama 18 tahun. Selepas ini kerajaan Pas Kelantan boleh meminjam dana pembangunan dari Perak sebab Perak kaya dan banyak wang hasil peninggalan kerajaan BN. Beliau menarik perhatian kepada surah Ibrahim, ayat 12 (bermaksud): “Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah, padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan sabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah diri. Komen: Amboi Pas menyakitkan hati orang lain taka pa, orang lain tak boleh menyakitkan hati pas, pas boleh maki hamun berkoyan-koyan kepada BN dalam masjid taka pa. Turut hadir pada pertemuan itu Speaker Dun, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dan timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota-angota Exco. Rombongan Perak pula turut disertai Speaker V. Sivakumar; Adun Selising, Husin Din; Adun Semanggol Ramli Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir dan Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim. - mj _ Komen:Si Sivakumar itu tukang lapor , balik nanti dia lapor lah apa yang dibincangkan oleh PAS. Pas tak boleh buat apa. Nak ke Kelantan pun ada mata-mata gelap sivakumar ikut.. |