Rabu, 9 Julai 2008

Air Percuma Hanya bernilai RM6.00

Hari ini aku terima bil air dari Lembaga Air Perak. Bila dilihat detail bil tertulis penggunaan air 20 meter padu pertama bernilai RM6.00. dan itulah nilai yang akan diberi oleh kerajaan baru Perak dan Selangor (seandinya sama nilai di Selangor)

Ternyata ia merupakan satu gimik politik murahan. bila orang dengar air percuma semua seronok dan Perak yang akan menikmati kemudahan itu ialah keluarga miskin yang pendapatan dibawah RM750.

Kerajaan BN yang lama dah banyak membantu orang miskin bukan setakat RM 6.00 sebulan. bahakan membiayai projek air percuma dikampung-kampung. Air diambil dari bukit dan dirawat dengan klorin lalu disambungkan secara percuma kerumah-rumah di kampung. Ramai anak-anak orang kampung bila hari raya balik dari Kuala Lumpur dapat mandi dengan selesa dan tak perlu lagi berkubang di parit dan sungai. Bahkan tandas percuma juga di biayai oleh kerajaan melalui jabatan kesihatan. Tak cukuo dengan itu. Program Rumah mesra rakyat juga dibangunkan, hari ini sudah ramai golongan miskin dapat menikmati rumah yang selesa. Program PPRT juga telah berjaya mengubah nasib golongan melayu yang miskin tegar di desa.

Tetapi sudah menjadi adat manusia. tidak mengenang budi. beri lah apa saja bantuan. bila telinga mereka di tiup oleh racun puak pembangkang. kabur mata, kabur pemikiran dan akhirnya memberi undi kepada lawan. Macam lah kakitangan kerajaan yang baru-baru ini. setelah mendapat pendidikan sehingga ke universiti dengan yuran yang rendah. masih lagi kata kerajaan tak betul.

Di Selangor subsidi air 20 meter padu menguntungkan golongan kaya yang mempunyai lebih dari sebuah rumah. Kalau ada 5 buah rumah dan semua rumah tu kosong dan belum disewa dia tak perlu bayar apa-apa.Sekarang ini kena bayar minima RM 5.00 kalau apartmentlah..kalau rumah banggalow mungkin sama lah kut.

Tahun hadapan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan minta bil percuma untuk khidmat IWK. Sekarang di Selangor guna ke tak gunakan aku kena bayar RM 8.00 sebulan.(apartment)

Samalah juga dengan memansuhkan denda parking . Ia juga menguntung sikaya yang tak pernah bayar parkinng. Kalau kena saman mereka akan buang sahaja. sebab mereka tahu susah nak bawa kes ke mahkamah.