Dahulu Pas berkata suara wanita adalah aurat. oleh itu wanita tak boleh menjadi pemimpin. dan Pas tidak pernah meletakan calon wanita dalam Pilahanraya.
Bagi Pas taraf wanita amat rendah dan hina. Tetapi hari ini Pas sudah cakap lain. Mereka telah berubah. wanita dilantik untuk menduduki PRU. dan calon mereka berjaya menjadi adun dan MP.
Persoalannya dimana pegangan dan prinsip perjuangan Pas. hari tak boleh(haram), esok boleh(halal), lusa ( boleh dan tak boleh sama banyak (harus.)
Hari ini bukan saja memilih wanita sebagai calon parti, mereka melantik wanita pula sebagai ketua mereka. Nak tahu siapa? sudah tentulah DR Wan Azizah, dilantik sebagai ketua pembangkang. sepatutnya pemimpin lelaki Pas yang menjadi Pemimpin Pembangkang di Parlimen.
Agaknya kalau dalam UMNO jadi macam tu...berkoyan-koyan lah kutukkan Pas kepada BN kerana melantik wanita menjadi ketua.
Wahai Pas, ikut lah UMNO dengan slogan 'DAHULU , KINI DAN SELAMANYA' dasar perjuangan UMNO kekal dan tidak pernah berubah macam Pas,
Hukum dalam Pas boleh berubah-rubah.semalam cakap lain. hari ini lain, esok lain, lusa lain. lihatnya Hadi Awang bercakap, Azizan Kedah bercakap. tak pernah sama.