Aku baru dengar lagu koperat PKR sungguh unik dan lucu. bit bit terakhir lagu PKR berbujur "Membujur lalu , melintang patah" memang sesuai dengan jiwa Penasihatnya.
Beruntung sungguh menjadi pemimpin PKR dan juga PAS. Apa tidaknya, dia boleh melakukan apa juga aktiviti kerana penyokongnya akan tetap menyokong apa juga tindakan terhadapnya.
seperti juga PAS, Semua pemimpin nya bersih, mulia dan dan sentiasa bermoral baik. Hari ini belum pun pertuduhan dibuat di mahkamah dia sudah dibela oleh pengikutnya, agaknya selepas ini kalau dia minum arak di mana-mana pun dan ditangkap oleh JAIS atau JAWI maka pengikutnya akan mengangap itu satu konspirasi jahat.
Seronoknya Anwar. kebal dan bebas berbuat apa saja seprti Mat Sabu di Hotel Perdana di Kota Baru.
Selepas ini Anwar akan buat macam dahulu juga, dia akan round Malaysia buat ceramah sana-sini. Tujuannya satu menutup kejahatannya dan meraih sokongan rakyat agar mempertahankan tindakannya.
Penyokong PKR dan PAS nampaknya terlalu taksub kepada pemimpin mereka sehinggakan tidak boleh di sentuh langsung kredibiliti mereka.