Khamis, 3 Julai 2008

NEKMAT Peyeludup PATI?

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) tidak menolak kemungkinan nelayan yang didakwa membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi dalang kepada sindiket penyeludupan manusia.

Walaupun Pengerusi Nekmat, Mohamad Dolmat mengakui pihaknya belum pernah menerima aduan seumpama itu, mungkin ada yang 'gelap mata' dengan tawaran sindiket untuk bersubahat dengan mereka.

"Kami bersedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai pendedahan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish mengenai penglibatan nelayan tempatan dalam kejadian penyeludupan PATI ke negara ini.

Menurut Mohamad, bukan sahaja pihak berkuasa, nelayan termasuk ahli Nekmat yang berjumlah 80,000 orang juga agak tertekan dengan kehadiran anggota sindiket penyeludupan PATI yang semakin menjadi-jadi.

"Sindiket terbabit bukan sahaja menyeludup PATI sebaliknya turut terlibat mencuri enjin dan bot nelayan seperti yang dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Johor.

"Kami pernah membuat intipan dan mendapati banyak bot yang hilang dijumpai di negara jiran," katanya.

KOMEN: Seandainya terbukti nelayan bersalah , jangan tunggu lama. tangkap dan dakwa di mahkamah.