Selasa, 1 Julai 2008

ANWAR SEMAKIN TERTEKAN


Semenjak tersebar luas kes liwat beliau kali ini jelas menunjukkan dia tertekan yang teramat sangat.kalau salah haribulan dia boleh bunuh diri. dahulu aku kata dia akan londeh seluar terjun sungai kelang atau sungai gombak. Itu sebelum kes liwat. kali ini bukan lagi sungai gombak silap haribulan dia terjun gaung di lebuhraya Karak.

Wajahnya semasa keluar dari Kedutaan Turki jelas menunjukkan pemikiran dia semakin bercelaru. Aku harap bini dia bawa lah anwar bejumpa pakar sakit jiwa. semoga dapat bagi satu jab kasi tenang sikit.

Jelasnya nampak kali ini apabila kes ini timbul tak ramai pengikut yang mengikut dia berarak ke sana sini. tak seperti dahulu.mungkin orang dah sedar "Pisang tak akan berbuah dua kali"

Penyokong setianya juga hanyalah dua tiga kerat sahaja seperti yang ditunjukkan semasa sidang akhbar tempoh hari.

Rakyat yang menyokong dia semasa PRU 12 pun mungkin sudah jelak dengan tindak tanduk nya. segala cakap-cakapnya hanya omongan kosong.

Akhirnya bertambah keliru dengan membuat report dibawah ;Anwar dilihat sebagai menggali kubur sendiri.

SHAH ALAM 1 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau yang hadir pada pukul 2.50 petang membuat laporan polis ke atas kredibiliti Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selain Anwar seorang sahaja dibenarkan masuk ke dalam bangunan IPK, turut hadir ialah tiga peguamnya iaitu Saiful Iskandar, S. Sivarasa dan William Yong.