Selasa, 15 Julai 2008

Lontar batu sembunyi tangan

Azmin Ali menafikan PR nak buat demo depan parlimen, dia menafikan dalam dewan rakyat.padahal dah diwar-war sebelum ini, kenapa perlu berbohong di dewan. dia kena berani mengaku yang mereka cuba buat kecoh depan parlimen baru lah hero, ini bila tak jadi dan tak ada sambutan maka berdalih pulak, nampak sangat nak kalah dah. Azmin ialah satu-satunya balaci Anwar yang setia sejak Anwar dalam kerjaan lagi, sampai sekarang kekal menjadi orang no 3 selepas wan azizah.


Ada bukti perhimpunan anjuran pembangkang


KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai bukti perhimpunan haram yang gagal diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini dirancang oleh pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang menafikan perhimpunan haram itu anjuran mereka dan sebaliknya menuduh kerajaan sengaja mereka cerita, beliau berkata pihak berkuasa menerima pelbagai maklumat termasuk ianya dirancang pada 9 Julai lalu.

“Adakah adil bagi polis untuk melepaskan kepentingan orang ramai dengan tidak menjamin ketenteraman dan keamanan untuk menunggu kejadian itu berlaku dahulu,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Syed Hamid berkata polis sudah mengambil tindakan yang tepat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan mengetatkan akses ke bangunan Parlimen sebagai langkah pencegahan, menyebabkan perhimpunan akhirnya dialihkan ke Pasar Seni.