Selasa, 15 Julai 2008

PAS HARI INI ESOK DAN LUSA

Pas ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan

SHAH ALAM 14 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, Pas kemungkinan tidak lagi relevan pada masa depan sekiranya terus kekal dalam pakatan pembangkang di Selangor.

Beliau berkata, ini kerana peranan Pas Selangor seperti dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang sebenarnya dikuasai DAP dan Parti keadilan Rakyat (PKR) dalam perkara tertentu.

Sebaliknya, kemasukan Pas dalam pakatan pembangkang tidak lebih hanya untuk mencukupkan bilangan kerusi majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.

‘‘Pas di Selangor hari ini ibarat ‘melukut di tepi gantang’. Mungkin mereka (Pas) ingat dengan menyertai pakatan pembangkang, mereka berjaya mentadbir negeri ini, tetapi sebenarnya mereka dipinggirkan oleh DAP dan PKR,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Pas terpaksa ‘melupakan’ prinsip perjuangan yang kononnya memperjuangkan Islam hanya kerana mahu kekal dalam pakatan pembangkang meskipun wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin mahupun penyokong parti itu.

“Sebagai contoh, dalam kes konsert Mas Idayu dan Ella di Stadium Shah Alam serta persembahan sempena perhimpunan protes bantah kenaikan harga minyak di Kelana Jaya baru-baru ini, menggambarkan sikap Pas yang seolah-olah membenarkan perkara itu berlaku walaupun kedua-duanya (persembahan) mendapat bantahan mereka sendiri,’’ jelasnya.

Tambah Mohamad Khir, sekiranya Pas terus bersikap sedemikian, parti itu sebenarnya tidak selari dengan prinsip Islam dan kedudukan orang Melayu yang kononnya merupakan asas perjuangan mereka.

Malah, katanya, keadaan sedemikian menunjukkan seolah-olah sesetengah pemimpin Pas di Selangor menutup mulut dan mata mereka hanya kerana mahu mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri.

‘‘Keadaan seperti inilah akan menjadikan Pas tidak lagi relevan pada masa depan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang ketika ditanya pendirian UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekiranya parti itu keluar daripada pakatanpembangkang berkata, pihaknya tidak ada masalah mengenai perkara itu.

Jelasnya, UMNO mempunyai pendirian terbuka dalam setiap perkara terutamanya dalam soal yang membabitkan agama Islam serta kepentingan orang Melayu.

‘‘Jika Pas mahu bekerjasama, kita sedia pertimbangkan sekiranya ia membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

‘‘Sungguhpun begitu, jika mereka mahu berbuat demikian (bekerjasama), mereka perlulah keluar daripada pakatan pembangkang terlebih dahulu, barulah kita boleh bincang,’’ ujarnya.

KOMEN: memang lah betul, setelah berjuang habis-habisan dengan slogan 'LAWAN TETAP LAWAN' akhirnya Pas kecundang juga, kalau ada yang mendabik dada maka itu hanya setitis keriangan dari setasik kemenangan.

Pas hanya parti politik yang kecil pengaruhnya hari ini. Mungkin ada yang menafikan kenyataan ini. Tetapi itulah hakikatnya dan Pas tertipu oleh PKR dan DAP.

Di negara kita parti mana yang boleh di anggap senior antara ketiga-tiga parti ini? jawapan sedah tentulah Pas. Tetapi di mana Pas di saat parti dahaga akan kepimpinan? Siapa bakal PM jika Pakatan Memerintah? Hari ini Anwar sendiri mencadangkan dia adalah bakal PM. sedangkan yang sepatutnya di angkat menjadi PM ialah Hadi Awang. bukan Anwar. Hari ini pun dia bijak menjalinkan sulaman jarumnya. Ketua Pembangkang disandang oleh isterinya, yang sepatutnya dipegang oleh PAS.

Pas boleh dianggap parti yang berjaya mendominasi di Kelantan dan Terengganu kerana jumlah pengundi melayu yang tinggi.

Lain-laian negeri di Perak, Penang dan Selangor Pas tidak boleh menang kerana jumpah kerusi yang di tandingi sedikit, kalau menang semua pun masih belum cukup untuk memerintah. Di Perak Pas adalah parti penggangu yang hanya mampu mengurangkan majorti UMMO saja. ini kerana Pas hanya berani bertanding di kawasan melayu.

Oleh itu Pas hendaklah memikirkan survival melayu. bukan memikirkan sebuah negara Islam lagi, Pas mesti membubarkan parti dan ramai-ramai menyertai UMNO seprti mana yang dilakukan oleh Semangat 46 dahulu.

Pemimpin Pas juga masih mempunyai peluang untuk menjadi PM seandainya mendapat sokongan ahli UMNO. lihatlah bekas-bekas ahli 46 dalam UMNO. semuanya berjaya.
Begitu juga ahli-ahli PKR dan ramai menyertai UMNO semula.

saya sendiri telah berjaya membawa masuk ahli-ahli PKR kembali menyertai UMNO.

Jangan risau dan jangan malu dan jangan segan, macam mana kita berpolitik sekali pun. Marah macam mana sekali pun kalau dah tergerak hati nak menyertai UMNO silakan. Bila dah menyertai UMNO kalau berminat nak memegang jawatan dalam parti silakan...pintu sentiasa terbuka.

Orang UMNO lama tak akan menyekat peluang anda.
Hari ini Pas berkata orang yang paling layak memerintah negara ialah Ulama dan Umarak. Kalau setakat Ulamak Pas tak payah sembanglah. berlambak tapi ibaratkan macam ular dalam semak atau tok guru ikan kepala besar. tak semua ulama layak memimpin sebuah negara.