Selepas peristiwa May 13. PAS bergabung dgn UMNO dalam BN dan tiada lagi Parti pembangkang untuk suara Islam.Masa itu mahasiswa2 universiti telah dipengaruhi oleh golongan politik dan waktu itu juga muncul seorang pelajar yang begitu hebat dan menjadi ketua persatuan satera Melayu, tetapi pidatonya bersemangat , terutama sekali dalam meniup semangat untuk memperjuangkan bahasa melayu dan menyelamatkan bangsa berlandaskan agama. Anwar yang masih di awal 20an telah berjaya menarik perhatian pelajar. Sehingga persatuan bahasa melayu Universiti Malaya telah dijadikan satu gerakan untuk menghalang golongan sosialais yang turut menguasai kampus pada masa itu. PKPIM iaitu Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia telah muncul. Akhirnya pelajar-pelajar dalam PKPIM ini bergabung dan menubuhkan ABIM.
Apabila ABIM dan PKPIM wujud, pelajar-pelajar yang prososialis mula berfikiran Islam. Anwar dan beberapa orang lain telah menjadi pemimpin di kampus pada ketika itu.
PAS menyertai BN 1974 , ini membuatkan anak-anak muda yang menyokong Pas mula beralih dan berminat kepada Abim.
Waktu itu orang menganggap untuk menjadi pembangkang nampaknya kena masuk Abim sebab Pas sudah bergabung dengan kerajaan.
Dalam tahun 1977 Pas di singkir dari BN, Satu Pilihan raya negeri diadakan khas di kelantan.
Abim( Anwar) mengambil sikap menyokong Pas. Anwar telah mengumpul anak-anak muda di Yayasan Anda, kemudian meminta anak-anak muda itu semua pergi ke Kelantan untuk menyokong Pas. kata Anwar tidak ada parti lain untuk kita sokong , kecuali Pas.
Dia kata Pas adalah jemaah Islam. Pas adalah wadah Islam, jadi parti ini perlu disokong.
Anwar berganding dengan Dato Asri berkempen dibeberapa tempat. Hasil daripada PRU itu Pas dapat 2 kerusi saja.
Itu lah Anwar yang sebenar sentiasa mencari ruang untuk menjadi pemimpin tetapi bila dia ditendang keluar dari UMNO kenapa dia tak mahu manjadi ahli Pas. Ini persoalan pokok yang perlu dijawabnya.
Dr Mahathir juga pernah disingkirkan dari UMNO tetapi diam diri sehinggalah diselamatkan oleh Dato Harun. Tun masuk kembali ke dalam UMNO. Tun tak tubuh parti baru sebab Tun masih sayang akan UMNO, Tun rela menerima hukuman.,
Tetapi sikap begini tidak ada kepada Anwar. Selepas disingkir dia menjadi seperti cacing dijirus air panas. menggelepar tak tentu arah, akhirnya menjadi huru hara satu negara khususnya KL.
Itu 10 tahun yang lalu, hari ini sekali lagi dia buat hal. cuma sokongan yang diberikan kepadanya agak berkurangan. demontrasi jalanan tidak menjadi.
Apakah nasib Anwar selepas ini. Adakah dia akan merengkok di penjara lagi atau lepas bebas dan meningkat populariti dan menjadi PM?
Sama-sama lah kita tunggu.. inilah istilah politik, kepada anak-anak muda, belajarlah sejarah dan dalamilah politik tanah air demi survival bangsa, agama dan negara.
Hadi Awang dalam ucapan ada berkata' Dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad Politik tidak pernah dilupakan, Semua nabi berpolitik" memang betul lah tu,,tapi dasar dan perjuangan kena jelas. terang dan bersuluh. jangan jadi macam iklan coklat. sekejap ada, sekajap tak ada.