Umpama pendekar Jebat dan Tuah yang bertarung untuk titisan darah yang terakhir. Sang Jebat memiliki senjata ajaib taming sari dan tuah senjata biasa, akhirnya sang jebat menyerah taming sari kepada ampunya miliknya, dan akhir cerita senjata itu menamatkan riwayat sang jebat derhaka,
Itu cerita Hikayat Hang Tuah. Malam ini cerita antara Sabri dengan Anwar. Anwar ibarat Jebat dan Sabri ibarat Tuah.
Pemerhati ibarat rakyat Melaka ada yang mencucuk tombak dilantai istana, dan hinggakan Tuah dan Jebat terpaksa meletakan talam-talam di lantai untuk mengelak dari tertusuk tombak. begitu profesionalnya tuah dan jebat sehinggakan mereka berhenti berehat seketika untuk menghilangkan penat dan letih.
Selepas debat aku dihujani sms yang meminta pendapat dan pandangan. ada yang menyatakan Anawar lebih bagus hujahnya, ada yang menyatakan hujah Sabri kurang mantap. Ada yang menyatakan padan muka Anwar dimalukan didepan khalayak.
Penilaian aku lah begini, aku agak terkejut dengan kadar penurunan hanya 50 sen seperti yang disebut Anwar. bukan seperti yang disebut sebelum PRU12, Ini bermakna ada peningkatan dalam angka beliau, di situ menunjukan Anwar sendiri gagal mengekalkan harga seperti yang disebut dahulu, bermakna jika dia mengambil alih kerajaan maka harga minyak akan naik juga, dan ia cuma memasang perangkap dengan menyentuh kebolehan beliau menurunkan harga minyak sebagai cara meraih sokongan untuk menjadi PM sahaja. selepas itu dia akan kata,"aku punya sukalah nak naik ka atau nak turun kah harga minyak. kita kena ikut harga pasaran dunia"
Aku masih ingat kata-kata beliau semasa kempen pilihan raya kecil Changkat Jering bahagian Bukit Gantang semasa Dato Mat Isa menjadi calon. Pada ketika itu beliau semasa menjadi TPM telah menaikkan bayaran pasport antara bangsa dari RM60 menjadi RM300. Memang ada bantahan dari rakyat, tetapi apa jawabannya, "Kenaikan harga pasport menjadi RM300 tidak membebankan rakyat. khasnya kepada makcik makcik di kampung kerana yang nak buat pasport ialah orang kaya yang nak pergi melancong keluar dan yang terbang ke sana ke mari dengan tujuan perniagaan, bagi mereka RM300 itu adalah kecil. Orang kampung tak akan melancong keluar negeri , kalau nak naik kapalterbang pun hanya nak pergi ke tunai haji saja, jadi apa salahnya papsor naik"
Bagi menyokong Pakatan Rakyat sudah tentu akan memuji kehebatan Anwar berhujah dan menyatakan Sabri kurang mantap dan kurang hebat berhujah.
Dalam soal debat ini biasanya orang dapat menilai kehebatan pendebat. Sebab itu di sekolah diadakan pertandingan bahas, satu kumpulan pencadang dan satu kumpulan pembangkang, maka penilaian hakim dan pengadil ialah melihat kehebatan mengemukan idea dan mematahkan hujah lawan. siapa hebat akan menerima hadiah pemidato terbaik.
Dalam soal sejarah karier politik yang hebat adalah Anwar. sejak awal 70an semua rakyat mengenali beliau. dan Sabri tidak ada siapa yang kenal. hari ini nama Sabri muncul sebagai menteri penerangan. dan sudah tentu beliau ingin membuktikan kehebatan beliau terutama bila berdepan dengan seorang tokoh pemidato terbaik dunia.
Perlu diingatkan seorang tokoh pemidato terbaik belum tentu baik orangnya, Bush juga seorang pendebat yang handal, Obama juga pemidato handal , kalau tidak masakan kedua-dua muncul sebagai negarawan dunia, begitu juga Anwar menjadi hebat dan terkenal didunia, sehinggakan Amerika memberikan sambutan permaidani merah dan bebelas das tembakan meriam demi menyambut seorang wira mereka dari Asia Tenggara.
Tapi keberanian Sabri yang memegang taming sari berjaya membunuh hujah-hujah Jebat walaupun tubuh Tuah juga luka-luka kerana tikaman jebat.
Hasil rumusan ialah kedua-duanya hebat, Sabri telah mencatat sejarah kerana berani berdepan dengan Jebat. Anwar juga dalam keadaan cengkung dan tertekan masih mampu berhujah dengan baik. Tapi biasa lah pepatah menyatakan Action is more powerful than a words, ini bermakna bekerja lebih baik dari bercakap. Anwar semasa menjadi TPM juga gagal dalam tugasnya untuk membela rakyat, kerana cita-citanya hanya satu ialah menjadi PM dan menjatuhkan Tun Mahathir,
Anwar telah merancang strategi yang cukup licin dan berkesan, dari TV3 hingga ke IWK semua CEO ialah orangnya, maka apabila dipanggil oleh Anwar semua CEO akan datang mengadapnya dan apabila menteri-menteri menerima telefon dari beliau , semua akan sampai tepat pada masanya. kerana seorang menteri pernah berkata, kalau orang lain panggil kita boleh tangguh tapi kalau Dato Seri Anwar panggil kita mesti jadi orang yang awal sampai.
Aku juga pernah diarahkan oleh orang-orang dia supaya bersiap sedia apabila dipanggil tetapi hati kecil ini berkata lu sapa, dan aku pernah menggagalkan satu program anjuran beliau, hari ini aku berkata aku tidak silap.
Penonton yang menyaksikan debat tadi boleh menilai sendiri, tetapi ikut penyokonglah kalau bola sepak Selangor lawan Perak , tak kan lah Orang Kelang nak sokong Perak dan pakai jercy Perak.,segitu lah sebaliknya
Sekian.