Isnin, 21 Julai 2008

Pemilihan UMNO Cawangan dan Bahagian

Suasana pemilihan peringkat cawangan telah pun bermula. Ada yang suasana panas, tegang dan ada yang tenang. Wakil calon yang mewakili calon mereka sentiasa sibuk untuk memastikan pencalonan dibuat untuk wakil mereka. dan pemilihan wakil cawangan ke persidangan bahagian juga amat penting.

Kalau sebelum ini sesiapa saja boleh mewakili cawangan tetapi kali ini calon yang akan bertanding akan memastikan calon tajaan mereka akan mewakili mereka ke persidangan bahagian,. Tujuannya ialah memastikan calon itu menyokong dan memilih mereka sebagai Ketua bahagian atau lain-lain jawatan,

Pertandingan sengit pasti akan berlaku dalam memilih wakil ke persidangan bahagian. Disini main signal-signal atau ahli yang bersidang akan diperhatikan oleh orang lain diluar dewan atau pun yang duduk dalam dewan sebagai pemerhati.

Seterusnya nama mereka yang sah menjadi calon akan di catat dan nombor telefon akan diambil untuk tujuan tertentu, seperti di panggil untuk mendengar ceramah dan majlis makan-makan. tak mustahil juga wakil-wakil cawangan akan dibawa melancong ke Medan atau Jakarta atau Phuket atau dimana-mana saja yang tidak membebankan . dan wakil calon kemungkinan akan di simpan sehingga hari persidangan bahagian. mereka akan di kurung di hotel-hotel dan hanya akan turun ke dewan persidangan bahagian sahaja. Lain-lain aktiviti tidak diizinkan.

Ada penoreh getah yang tak perlu menoreh lagi bila tiba musim pemilihan, semua makan minum dan wang ringgit ditangguh oleh calon yang akan bertanding. Stop......

=================================================================================
UMNO cawangan jangan dipaksa buat keputusan

SIPITANG 21 Julai - Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad meminta supaya UMNO cawangan tidak ditekan atau dipaksa untuk mencalonkan sesiapa sahaja bagi pemilihan pimpinan parti di peringkat bahagian.

Menurut beliau, cawangan yang bermesyuarat mulai 17 Julai lalu sepatutnya diberi peluang dan kebebasan sepenuhnya untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang difikirkan layak.

Katanya, sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan, setiap cawangan UMNO di negeri ini berhak membuat keputusan dalam memilih mereka yang menawarkan diri untuk bertanding.

''Tiada sekatan atau paksaan dalam parti. Ahli UMNO mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan,'' katanya semasa merasmikan secara berkelompok mesyuarat UMNO Cawangan Zon Lembah Padas di sini semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha UMNO Bahagian Sipitang, Awang Rakawi Awang Said dan Ketua Zon UMNO Lembah Padas, Aminah Ghafar.

Sapawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang berkata, apa yang dibimbangkan ialah paksaan kepada sesebuah cawangan itu digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, pihak yang membuat paksaan juga tidak mencerminkan keikhlasan mereka terhadap perjuangan parti untuk membela nasib rakyat.

''Cawangan bebas membuat pilihan, manakala anggota yang dipilih itu pula akan menentukan sama ada mahu menerima ataupun menarik diri," katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Sipitang itu meminta supaya mesyuarat cawangan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh parti.

=====================================================================================