Isnin, 21 Julai 2008

Pas tidak berganjak perjuangkan Islam

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan berganjak daripada pendirian asal untuk memperjuangkan Islam meskipun parti itu berada dalam pakatan pembangkang.Nak berjuang apa kalau Pas setuju dengan Anwar untuk jadi PM dan merelakan DAP menjadi rakan mereka. Kenyataan ini hanya boleh mendusta kepada mokcik dan pokcik di kampung-kampung.

Beliau menegaskan, Pas hanya akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang jika parti lain dalam pakatan itu iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati pendirian dan prinsip Pas.Ayat apa ni berbelit-belit macam ular dalam semak. mana ada parti lain lain dalam negara ini,

''Setakat ini kerjasama tetap diteruskan seperti biasa kerana sokongan erat yang sentiasa terjalin dalam pakatan pembangkang," katanya ketika berceramah di Batu Enam di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Menurut Abdul Hadi, Pas akan tetap memperjuangkan Islam selagi ia tidak terlaksana sepenuhnya di negara ini.Nak berjuang apa...di Kelantan pun rakyat tak berubah, tak ada satu pun pembangunan berbentuk Islam.

Terdahulu, Mustafa dalam ceramahnya menyifatkan perjumpaan pemimpin Pas Terengganu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said baru-baru ini sebagai titik permulaan ke arah hubungan yang lebih baik antara kedua-dua belah pihak.Nak pakat dengan MB baru supaya joint PAS ke

Beliau memberitahu, perjumpaan berkenaan hanya berkisar kepada isu royalti minyak dan bukannya aspek lain.

''Dalam perjumpaan itu kita cadangkan supaya kerajaan negeri memastikan hak pembayaran royalti minyak diserahkan sepenuhnya kepada negeri," ujarnya. Pas memang minat cash money sebab tu nak tuntut duit itu. Lebih baik duit digunakan untuk membaiki saliran peparitan,jalan-jalan kampung, membina sekolah dan surau, bangunkan program membasmi kemiskinan dll. duit kalau bagi cash tunai sekejap saja habis,

Selain itu, menurutnya, Pas juga mencadangkan kerajaan negeri menggunakan sepenuhnya wang royalti minyak yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion setahun untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk tujuan lain.Duit tu biarlah Kerajaan BN negeri uruskan., PAS sibuk pasai apa,