Ahad, 20 Julai 2008

Kenyataan Datuk Ibrahim Ali

Kepercayaan rakyat akan terhakis jika Anwar berdolak-dalik
20/07/2008 2:34pm

PASIR MAS 20 Julai — Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya. Anwar akan terus mencari sokongan rakyat terhadap kesnya, dia akan mengajak rakyat supaya terus menentang kerajaan dan menerima kenyataan bahawa dia tetap tidak bersalah

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.Tidak mungkin dia akan memberikan kerjasama yang baik dengan pihak hospital dan polis. Dia akan memaksa mahkamah menggunakan DNA yang lama supaya mudah bagi pihak peguamnya mempertikaikannya di mahkamah. Itu
lah tektik Anwar.


Beliau berkata pihak polis juga telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

“Berani kerana benar takut kerana salah,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini malam tadi.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ibrahim berkata jika Anwar tidak memberikan kerjasama rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.Tak mungkin dia akan memberi kerjasama..dia rela dihukum dan akan terus menyatakan dia baik dan tak salah.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwa raya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

“Pendakwa raya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini,” katanya. rujuk ICJ lah kalau macam tu

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.Idea yang baik. suruh 4 saksi juga untuk melihat cara DNA di ambil. Ke empat saksi itu ialah Nik Aziz, Mufti Perak, Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.— BERNAMA

====================================================================================
KUANTAN 20 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.

“Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam tadi. Nak tarik simpati rakyat agar menyokong dan mempercayai pembohongannya.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

“Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan,” kata Anwar.Nik Aziz kata "kalau orang baik dan mulia manusia itu terhindar dari fitnah"

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

“Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu,” kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis. 5 Ribu yang hadir tu bukan nak menyokong beliau tetapi nak menilai dirinya...bercakap bohong atau tidak.

“DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar. Lepas itu peguam dia dengan mudah akan membatalkan pengesahan DNA 10 tahun lalu...tahu dah itu lah cara mereka akan bertindak di mahkamah.

— BERNAMA