Ahad, 20 Julai 2008

Majlis Peguam hak Anwar dan HINDRAF

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam meminta polis menggunakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil pada 1998 bagi membantu siasatan mereka berhubung tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu khas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata tidak menjadi keperluan bagi polis untuk mengambil DNA yang baru daripada Anwar bagi menentukan sama ada beliau melakukan kesalahan itu atau tidak.

"Sampel DNA seseorang itu adalah sama dan ia sudah diambil pada 1998, jadi mengapa perlu sampel yang baru diambil sekali lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat polis untuk menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk membantu siasatan berhubung dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Tindakan itu mungkin dilakukan polis kerana Anwar yang dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis, tidak membenarkan sampel darahnya diambil ketika dalam tahanan polis, Rabu lalu.

Ragunath berkata, jika polis berhasrat mendapatkan sampel DNA Anwar di mahkamah, polis perlu membuktikan kepada mahkamah mengapa mereka memerlukan sampel DNA itu.

Katanya, sampel DNA tidak boleh diberi tanpa kebenaran bagi mengelak ia 'diusik'.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafaraina Zainuddin, berkata sampel DNA Anwar yang diambil pada 1998 masih boleh digunakan bagi membantu siasatan polis bagi kes yang terbaru.

"Tidak perlu sampel DNA yang baru diambil daripada Anwar dalam kes ini," katanya sambil menambah yang Ibu Pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya masih mempunyai rekod data DNA Anwar.

Cet

INI semua gara-gara nak menipu dan memutar belit. Nanti di mahkamah peguam kata "itu sampel sudah lama ambil dan itu kes juga sudah ditolak...maka sekarang mana boleh ada kes?" Rakyat Malaysia kena berhati-hati, kerana peguam sekarang berminat politik. kalau ambil mereka kena pilih yg tak masuk politik. nanti kes tanguh-tangguh atau mereka pula yang kena dakwa di mahkamah ,,