Dato' Dr Haron Din
Fri Jul 25, 08 11:42:08 am MYT
SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru, soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya, mengapa hal sebegini Dato'? - HASBULLAH MARZUKI,
JAWAPAN: Memang benar kata anda itu, bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut.
Ulasan: Memang kalut, sebab Pas, DAP dan PKR dah berpakat untuk membuat huru-hara politik dengan menganjurkan demonstrasi jalanan. terpekik-pekik dijalanan macam orang yang tak bertamadun.
Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.
Ulasan: Hanya melibatkan puak-puak pembangkang, Orang UMNO lena tidur dan tak pening pun, Dato yang pening sebab tak dapat keluarkan hantu dari tubuh orang Pas.
Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan.
Ulasan: Negara yang tak ada isu ialah negara yang mati, negara satu kuasa politik, negara kita ada berapa parti politik, tambah dgn parti PKR yang semakin haru dan kalut, maka PAS pun turut diheret kemelut politik ingin berkuasa cepat oleh Anwar.Dato jangan nak menyalahkan kerajaan, salahkan diri sendirilah
Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.
Ulasan: Zakat fitrah Kedah naik dah jadi RM7.00 Apa hal pula Dato? Harga beras Kedah yang paling awal naik, tu tak sebut. Sebab Pas memerintah Kedah maka tak perlu disebut. Kes rasuah memang niat Pak Lah ingin menghapuskan rasuah, Jadi biarlah dia tangkap semua jerung-jerung rasuah, jangan lah susah hati bila satu demi satu kes rasuah dibongkar.
Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara.
Ulasan: Kalau anak Dato dirogol oleh seorang dajal dalam hutan rimba. bolehkah Dato cari saksi 4 orang? Dan Kalau anak lelaki Dato buat skandal liwat dgn Anwar secara sulit dan tiba-tiba anak dato mengaku diliwat oleh Anwar, mana dato nak cari saksi 4 orang tu?
Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan.
Ulasan: Pas pun tak takut dosa sebab tu suka memfitnah orang UMNO macam-macam. tuduh UMNO kronisme, Tapi bila Nik Aziz pilih menantu tak pula kronisme, Nik Aziz pun kata zaman nabi pun baginda mengamalkan kronisme, memang lah itu dasar Pas pandai cari alasan, kena batang hidung sendiri senyap, kena tang orang riuh.
Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Ulasan: Memang betul sebab tu penyokong Pas kalau hujung minggu main judi laga ayam, bila ada ceramah pas sibuk duduk depan,bertakbir. hati kotor
Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan.
ulasan : Ya memang betul tak percaya tanya Mat Sabu, tanya Mahfuz mereka pakar mengaibkan orang,
Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.
Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.
Ulasan: memang betul. bila mat sabu kena tangkap , itu konspirasi, bila Saiful buat laporan polis , itu konspirasi. Harga minyak naik , itu pun konspirasi, 27 Ogos 2008 Anwar nak jadi PM pun usaha dan konspirasi, Pas,Dap berpakat nak menumbangkan kerajaan BN pun satu konspirasi,
Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.
Ulasan:Siapa yang buat fitnah? kalau anak dato kena rogol atau kena liwat oleh mana-mana individu dan dia buat laporan polis, adakah itu fitnah?
Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.
Ulasan: Siapa yang mendakwa? adakah Pak Lah yang pergi buat laporan polis? Adakah Pak Lah tuduh Anwar liwat kali ini? Jawapannya tidak, Pak Lah kata , semua itu terserah kepada polis, saiful yang buat laporan polis , biar polis siasat. biar undang-undang yang menentukan. bukan undang-undang hukum hudud Pas yang haprak tu, kena kat geng sendiri tak mahu pakai, hanya nak pakai kepada musuh politik saja,
Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.
Ulasan: La...tak habis-habis lagi....,.siapa yang buat tuduhan? Pak Lah atau mangsa?
satu lagi, kalau mereka menyontot di stesen keretapi depan orang ramai. seribu saksi pun boleh dipanggil
Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.
Ulasan: Kalau Pak Lah yang tuduh Dato kaki liwat baru lah Pak Lah kena cari 4 saksi.
Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)
ulasan: yang tu memang lah benar, tetapi bolehkah disamakan dengan kes Saiful. Mana dia nak cari saksi. Takkan depan nak menyontot panggil empat saksi kut. so sekrang samaada benar atau tidak kes biarlah mahkamah tentukan. mangsa akan cuba buktikan dia diliwat. Anwar juga kena buktikan dia tidak meliwat. kalau boleh kopak dinding dan bawa carpet ke mahkamah boleh lakukan , tu pun kalau dinding dan caarpet boleh bercakap.
Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.
ulasan: ayat ini betul, tetapi tak sama dengan kes anwar dan saiful. bukan ada orang ketiga yang membuat laporan. ini semua ayat politik yang dikatakan oleh umno bahawa orang Pas suka memutar belit ayat-ayat quran dan hadith untuk memihak kepada Pas walaupun mereka dipihak yang lemah.
Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?
Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; "Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf."
Ulasan: Tak apa. Anwar pun dah buat laporan kepada JAWI so kita tunggu apa tindakan JAWI, Jangan jadi macam kes Mat Sabu dah lah.
Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Ulasan: Ya betul tu Dato. tak ada siapa pun yang menuduh Anwar selain dari Saiful tu, oleh itu eloklah Saiful dihukum dahulu sebab dia yang buat laporan polis.
Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.
ulasan: Kerajaan Pas Kelantan dan Kedah kena tunjuk bukti lah. 18 tahun Kelantan juga gagal menunjukkan bukti hukum hudud dilaksanakan dengan baik. Kedah pula kata 'hudud bukan kemestian dan bukan keutamaan
Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.
Ulasan: Tu secara tak langsung kutuk UMNO la.
Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): "Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat."
Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya.
Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT. Wallahua'lam. -