Jelas ketakutan yang amat sangat. Untuk mengelak dari dipenjara dan di rotan kena jadi PM lah sebelum kes perbicaraan. Kalau berjaya jadi PM akan aku arahkan semua hakim dan polis untuk membatalkan kes.
Doktor Myammar pun dah lari balik ke negeri dia, berapa upah dia dapat bila buat kenyataan tidak ada liwat?
Yang rakyat pro dia percaya lah bulat-bulat. Beberapa hari lepas seorang rakan bukan main membela si polan ni,
Dah sah laporan doktor tak ada kes liwat nak dakwa apa? batallah kes tersebut.
Lepas tu kata dia Saiful patut di dakwa kerana kerana gagal membawa 4 saksi, dan patut dikenakan hukum kazaf,
Tak faham agama Islam betul mamat tu, bertekak dengan aku bagai nak rak. tak puas hati ajak aku jumpa ulama. fasal kes anwar dan saiful ,lepas tu dakwa kerajaan tak guna cara Islam dalam kes Anwar. Anwar di fitnah, macam-macam lah,
Geram sungguh , nak kata bodoh tak juga, makan gaji dengan kerajaan, gaji beribu, tapi tak reti hukum Islam. last -last dia kata aku yang tak faham hukum hudud.
Tu lah dasyatnya kalau sudah hati sudah keras macam batu,