Sabtu, 9 Ogos 2008

Ektremisme anjuran pembangkang semakin sepi

Selepas 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat seolah-olah kaduk naik junjung. Pesta di sana sini. Pelbagai agenda dilaksanakan sehingga menimbulkan rasa tak tenteram di jiwa rakyat Malaysia yang inginkan kedamaian dan perpaduan.

Program Bersih, Anti ISA, Anti Minyak naik, Gerakan Bebaskan ISA, Vigil semuanya mengambil tempat. Si Dajal tu pun sama habis dewan-dewan yang ada digunakan oleh dia untuk mencanangkan bahawa tak lama lagi akan membentuk kerajaan melalui gear undur (gear gostern) begitu yakin dia. tetapi sampai bulan Jun suasana menjadi sepi. Ketiga-tiga pakatan susah tidak pergi memancing bersama-sama lagi. sudah tidak minum kopi semeja lagi, sudah tidak bermain congkak lagi, masing-masing sudah bosan dengan cara hidup rakan baru mereka.

Kedai kopi yang mejanya sudah dikhaskan untuk puak-puak ini juga kembali lengang dan tak ada lagi pelayan istimewa menanti mereka. Rupa-rupa sipolan ini sudah buka kelab baru di sebuah kondo mewah. Perginya pun sorok-sorok. di situ ada pelayan istimewa yang digelar coffee boy.

Akhirnya terjadi satu malapetaka yang dasyat. Coffee boy dinodai. Sudah tentu coffee boy disuruh tutup mulut, dan ,mungkin untuk menutup mulut habuan besar menanti beliau. Mungkin kekayaan sampai seumur hidup. Tetapi dapatkah segala habuan dunia menjadi penutup mulut. lambat laun terbongkar juga rahsia.

Kini saantero dunia sudah tahu. Panas bukan kepalang, segala-gala menjadi kacau bilau, Isteri tertekan, anak-anak menanggung derita dan tekanan.

Di mana rakan-rakan Bersih, di mana rakan-rakan anti minyak naik. di mana mereka ? Kenapa aku ditinggalkan berseorang.

Minda harus berjalan, ilham harus di cari.. aku nak debat dengan Shabbery. aku kena buat sesuatu. kes mahkamah mesti di alihkan. kerajaan mesti disalahkan, Rakyat mesti kembali menyokong aku, suasana dewan dan padang mesti di hangatkan. Aku mesti jadi orang nombor 1. aku mesti ubah semua undang-undang dunia. dunia mesti menjadi milik ku.

Wahai rakyat-rakyat ku, berikanlah aku ruang, berikanlah aku sokongan. Aku mahu hidup seribu tahun lagi.

Akhirnya dia terjaga dari lamunan. umur sudah dekat, kubur kata mari, rumah kata pergi, 1000 tahun hanya mimpi yang sia-sia.