Merokok dikalangan pelajar melayu semakin membimbangkan. Mereka tidak segan segan merokok depan guru depan orang ramai dan depan sesiapa saja.
Setiap pagi sebelum sampai dipintu sekolah mereka akan menghabiskan rokok mereka dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam sekolah.
Pelajar petang yang rata-ratanya Tingkatan 1 dan 2 juga merokok dalam perjalanan ke sekolah dan semasa balik dari sekolah mereka akan berlonggok di kedai-kedai yang sudi menjual rokok kepada mereka. Tanpa segan silu mereka merokok seperti orang yang sudah dewasa.
Sayang seribu kali sayang. Remaja ini sudah tertutup pintu hati mereka walaupun pelbagai kempen anti merokok dijalankan. Tak hairanlah bila mereka semakin dewasa mereka akan berani mencuba pula dadah-dadah rekaan moden.
Wahai anak-anak remaja sekalian, elok lah berusaha untuk berhenti dari tabiat merokok. Merokok tak salah dari segi undang-undang negara, tetapi sayanglah diri sendiri. Masa muda remaja memang seronok merokok tetapi bila sudah dewasa dan pendapatan tak seberapa mulalah mengelabah. Nak bela anak isteri lagi, nak tanggung bill utiliti rumah, nak pakai kereta nak pakai itu dan ini baru lah mula berfikir panjang bagaimana nak mengurangkan belanja rokok. mulalah beli rokok daun dan tembakau jawa, atau tembakau cap semut.
Sanggupkah sampai tua tak mampu beli rumah sendiri. tak teringinkah memiliki kereta besar atau motor besar. kalau sehari 2 bungkus rokok bayangkan berapa ribu ringgit di belanjakan untuk 5 Tahun. dengan wang rokok anda boleh beli benda-benda lain yang lebih berfaedah kepada diri sendiri dan keluarga.
Hari ini rata-rata rakan-rakan aku yang merokok melahirkan rasa kesal kerana sukar berhenti, kesal kerana terbabit dengan aktiviti merokok yang merugikan. masuk angin keluar asap. Kalau dikumpulkan duit rokok boleh beli rumah batu katanya.
Remaja yang merokok juga ada kesannya. disamping membantutkan sistem pembesaran tubuh rokok juga akan merosakkan semua sistem dalam tubuh badan remaja yang masih lagi dalam proses tumbesaran. merokok menyebabkan remaja tak akan tinggi. kalau umur 14 tahun tingginya hanya 5kaki maka sampai usia 22 tahun pun peningkatan ketinggian tak seberapa .mungkin naik seinci dua, Lihatlah anak-anak cina dan india yang tidak merokok ketinggian mereka ada yang melebihi 6 kaki.
So pilihlah sendiri wahai anak-anak melayu.
Remaja yang merokok kebanyakan bila ditanya ialah kerana bapa mereka sendiri merokok, Bapa mereka merokok dalam rumah dan dalam kereta. Jadi anak-anak sebenar sudah menjadi perokok pasif sejak dalam kandungan ibu lagi. Tambahan pula kalau ibu juga seorang perokok maka anak-anaknya juga bila dewasa akan menjadi perokok.
Kepada ibubapa yang tak merokok risiko anak merokok adalah rendah. Jika mereka merokok juga itu adalah akibat rakan-rakan sebaya yang ingin melihat rakan mereka mesti jadi perookok seperti mereka. Mereka rasa dengki melihat rakan-rakan tidak merokok. pelbagai usaha dan dorongan diberi supaya setiap rakan akan menjadi perokok.
Syarikat rokok pula sentiasa memikirkan apakah strategi untuk terus mencari perokok-perokok baru agar syarikat mereka terus berdaya maju dalam pasaran rokok.
Seorang bayi yang dilahir hari ini sudah diletakkan target apabila usianya mencapai 17 atau 18 tahun mereka mesti menjadi perokok. Oleh itu pelbagai kempen dan iklan akan ditayangkan untuk menarik perokok-perokok baru.
Dahulu bila kita bawa anak-anak ke restoran untuk makan kita akan lihat iklan rokok akan memenuhi dinding restoran, dan meja atau kaunter restoran juga di taja oleh syarikat rokok. Papan tanda kedai diluar premis juga sengaja di taja oleh syarikat rokok. Lihat tanpa bercakap atau filem bergerak. Ia sudah berjaya menarik hati, naluri dan sanubari kanak-kanak untuk lebih mengenali rokok. Walaupun ibu bapa anak itu tidak merokok tetapi iklan di dinding sudah cukup untuk mencuri hati anak-anak kita. Syukur kerana iklan rokok sudah tidak ada lagi di restoran-restoran mamak.
Tetapi rokok masih boleh dilihat dengan jelas kerana di pamerkan. Begitu juga kalau kita masuk ke Seven 11.( 7 eleven) rokok masih boleh dilihat jelas oleh kanak-kanak.
Di sini aku ingin mencadangkan kementerian kesihatan supaya mengikut langkah kerajaan Thailand, rokok yang dijual hendaklah di tutup supaya tidak kelihatan langsung oleh kanak-kanak. Di Thailand juga setiap bungkus rokok akan di pamerkan hati, jantung dan lain-lain organ manusia yang rosak akibat ketagihan rokok.
Di sini semua itu tidak ada lagi,. tidak hairanlah kanak--kanak seusia 3 tahun juga sudah mampu mengutip puntung-puntung rokok yang ditinggalkan oleh ayah dan abang-abang mereka dan mengisap puntung tersebut. tak kira anak lelaki atau anak perempuan, Mereka memerhati apa yang ibubapa dan tetamu lakukan. dan tidak menjadi kejutan kalau mereka mencuba apa yang mereka lihat.
bersambung