Sabtu, 9 Ogos 2008

Anwar kata"Selamatkan demokrasi Malysia" tetapi dia yang ingin memusnahkannya

Tindakan Anwar tak beretika'

Hasrat mahu jadi PM ikut 'pintu belakang' tidak demokratik: Chandra

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen lompat parti besar-besaran adalah perbuatan tidak beretika dan tidak demokratik.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak ada kredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal Undang-undang � dua cabang penting dalam tabir urus � akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya.

Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.

Oleh itu, Anwar berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka, untuk berpaling tadah dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah terjadi di dunia ini, sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu yang tidak berada dalam Parlimen � sentiasa mendabik dada kononnya sejumlah Ahli Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr Chandra.

Beliau berkata, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan melalui perbuatan lompat parti mewujudkan keadaan tidak menentu di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

"Jika gimik lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan rakyat tahu bahawa pada satu ketika dulu Anwar sebagai pemimpin BN memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS (Parti Bersatu Sabah) yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan walaupun Anwar menyatakan pujukannya tidak membabitkan wang, dari segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

"Dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih menerusi platform tertentu perlu mengembalikan mandat itu kepada rakyat dan melepaskan kerusinya sebelum berpaling tadah menyertai parti lain. Ini yang dikatakan menghormati pengundi," katanya.

Dr Chandra berkata, amat menyedihkan politik yang keji ini dilakukan ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar. � Bernama

==================================================================================
Penasihat PKR dakwa cukup kuota

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk melompat parti bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Pusat.

Sambil melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini, Penasihat PKR itu berkata, beliau berhasrat memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat pada 27 Ogos dan selepas itu akan ada Ahli Parlimen BN, termasuk daripada Umno menyertai Pakatan Rakyat.

“Bilangan (yang sudah bersetuju melompat parti) itu sudah cukup selesa untuk membolehkan kami membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam, yang turut dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh menyatakan angka itu kerana persetujuan ialah untuknya mengumumkan nama dan bilangan itu selepas Ahli Parlimen terbabit melompat parti.
====================================================================================
Agenda Dajal ini ialah "selamatkan demokrasi Malaysia" demokrasi Malaysia sudah kurap dan perlu dipulihkan."

itu ucapan dia di mana-mana pun.yang banyak tersiar di youtube. Hari ini dia dia main pintu belakang lagi. dia kata sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan 16 Spetember depan. BN akan lompat parti. Tidakkah tindakan dia itu merosakkan demokrasi? kalau benar dia kata 30 ahli BN akan lompat Parti maka sistem demokrasi Malaysia rosak dan musnah, siapa yang memusnahkannya? Jawabnya ialah Dajal. dalam dunia Dajal bukan ramai, satu saja,.

================================================================
Anwar Ibrahim Gertak Pak Lah ?
Dr Novandri Hasan BasriBerikut adalah berita yang disiarkan oleh media antarabangsa
CNN.com hari ini.

Kenyataan akhbar Anwar Ibrahim kali ini merupakan antara kenyataan beliau yang paling keras terhadap Pak Lah. Dan kali ini juga, kenyataan tersebut juga berbentuk peribadi.Jika kita ikuti perkembangan isu ini, Anwar Ibrahim jarang sekali menyerang peribadi Pak Lah, mungkin kerana Anwar Ibrahim terhutang budi dengan Pak Lah tetapi konflik ini semakin sengit disebabkan oleh pilihanraya yang akan datang.

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- Malaysian authorities said Wednesday they will prosecute opposition leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomizing a male aide, complicating his bid to return to Parliament in a by-election less than three weeks away.

Anwar accused Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi of orchestrating the prosecution to destroy his political comeback, adding that he would hold Abdullah "personally responsible" for political turmoil that could result from a trial.

Police went to Anwar's home and served an order for him to appear Thursday morning in the Kuala Lumpur Sessions Court to face the charge.It will be the second time in a decade that the former deputy prime minister has been charged with sodomy, a crime that carries a maximum penalty of 20 years in prison. Sodomy is illegal even among consenting adults in Muslim-majority Malaysia.A 23-year-old male aide claimed Anwar had sodomized him in June. Anwar insists the allegation was fabricated to thwart his plan of seizing power from the government by mid-September.

The government denies a conspiracy.If the court refuses to release Anwar on bail pending a trial, it would prevent him from campaigning in the Aug. 26 by-election for a parliamentary seat that his wife vacated last week. Anwar would still be allowed to contest the seat.

"Tomorrow I'll be charged with a crime I did not commit," Anwar told reporters. "I will fight. I will not allow this cowardly attack to derail (the opposition's) agenda for change.

"Anwar said he believed that Abdullah and other government and police officials have pressed for him to be prosecuted despite what he said was a lack of evidence.Abdullah is "a man under siege, and he sees no way out but to deflect the attention of the Malaysian people with a sham trial against me,

" Anwar said. "He is burning the forest to save his own tree."Abdullah was expected to address a news conference later Thursday after chairing a meeting of his ruling National Front coalition.

National deputy police chief Ismail Omar said in a statement that the attorney general's office had decided to charge Anwar after police "completed their investigation into a criminal sex case involving intercourse against the laws of nature." (seterusnya.....)

Persoalannya, apakah kenyataan panjang lebar Anwar Ibrahim di dalam media-media antarabangsa, akan dituruti oleh kenyataan panjang lebar Pak Lah dan turut mendapat liputan yang meluas seperti kenyataan Anwar Ibrahim?