Jumaat, 8 Ogos 2008

Kakitangan kerajaan jangan main politik kalau dangkal dan cetek ilmu

Aku ingin melahirkan rasa kesal dengan segelintir kakitangan kerajaan khasnya di Taiping ini yang amat berminat dengan politik pembangkang.

Yang muda dan yang sudah pencen pun sama. Yang muda pula baru lepas beli kereta baru hasil daripada kenaikan gaji yang diumumkan Pak Lah tahun lalu. masih dok kondem kerajaan tak betul itu dan ini.

Yang tua pulak kongkang-kongkang kutuk kerajaan , habis minum kopi pergi bank ambil duit pencen.

Ada juga kakitangan awam yang menjadi peminat setia ceramah politik terutama ceramah yang melibatkan parti-parti pembangkang. ada yang jadi juruacara majlis , yang bergelewak tu perkara biasa lah. Dah tahu parti pembangkang tu kerja nya membangkang dan menuduh kerajaan bukan-bukan gagah nak pergi dengar ceramah juga. Bila di tanya hang ni parti pembangkang kah? jawabnya "dak, saja-saja mai dengar'

Aku nasihatnya kalau dah dok sokong puak-puak tu eloklah lah berhenti kerja, letak jawatan dan pergi kerja dengan parti politik tu. Buat apa kerja dengan kerajaan.