Anwar pertikai Saiful tak didakwa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pertuduhan liwat terhadapnya diteruskan walaupun menganggap pendakwa raya tidak mempunyai bukti untuk berbuat demikian.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mempersoalkan mengapa beliau saja didakwa di mahkamah, sedangkan tuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah melakukan perbuatan itu atas dasar 'suka sama suka'.
"Tuduhan kata, ini sukarela, jadi mengapa Mohd Saiful tidak dituduh.
"Saya lihat pendakwa raya macam kena paksa. Malah, mereka juga tak bantah apabila mahkamah membenarkan jaminan dan menolak permohonan menahan pasport saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
====================================================================================
Ayat semalam dalam akhbar seolah-olah ada kes antara mereka berdua. Kesian Anwar terlepas cakap lagi. Tetapi biarkan lah mahkamah tentukan segala-galanya. walau pun kita tahu angin-angin cerita , eloklah diam saja, dan tunggu mahkamah, jangan kita nak pandai-pandai jadi hakim dan lawyer.
Ini ada orang dah awal-awal cakap fitnah,fitnah, dia ni pakai songkok hijau. yang dok bela dia tu hang kenaikah anwar.?berapa lama dah hang dok berkawan dengan anwar?