Keazaman Pak Lah untuk menghapuskan rasuah telah disalahgunakan oleh puak-puak pembangkang.
Hari ini mereka macam sudah jadi naik sheikh. sikit-sikit nak report kepada BPR dan semua aduan mengenai UMNO dan BN.
Tak ada pula laporan rasuah terhadap penyelewangan parti mereka. Banyak kesalahan Pas kalau nak dipertikai
1. memungut zakat dan fitrah tanpa kebenaran pendaftar pertubuhan. Kita tahu dalam undang-undang pertubuhan hanya boleh mengutip yuran dan lain-lain bayaran yang diluluskan oleh pendaftar pertubuhan sahaja. mereka pula menggunakan kuasa sendiri untuk melakukan kutipan sendiri dan cara wang digunakan amatlah di ragui. ke mana-mana kita pergi kita dapat lihat rumah orang-orang kanan Pas besar-besar. anak mengaji sampai luar negeri, kereta mewah. dan cara hidup mewah. mana datang wang.
2. Pembohongan pemimpin Pas yang bercita untuk membangunkan Islam telah disalah gunakan. Mandat yang diberi untuk menegakkan syiar Islam telah di lacurkan dengan bersatu dengan parti lain yang sekular dan assbiyah seperti DAP dan PKR. Jelas menunjukkan penyalah gunakan kuasa dan mandat yang diberi oleh ahli-ahli.
3. mengutip derma jihat setiap kali ceramah diadakan., kesalahannya ialah jumlah wang kutipan tidak di umumkan dan tidak diaudit oleh audit yang bertauliah,.
Sepatutnya dewan pemuda pas buat lah laporan kepada BPR tentang salah laku dan salah guna kuasa oleh pemimpin mereka dahulu sebelum nak report macam-macam hal orang UMNO.
Baru lah betul dan adil. satu lagi pemuda Pas hendaklah buat report salah guna kuasa dalam kes perbicaraan Mat Sabu di Kelantan dahulu. mari kita lihat pemuda Pas ada teloq ka tak dak teloq.
Di bawah adalah isu menantu Nik Aziz. kenapa Pemuda Pas tak buat laporan Polis?
kalau khairy jamaludian siap tuduh bukan-bukan. Pak Lah tak pernah lantik Khairy jadi CEO mana-mana syarikat kerajaan pun. tetapi dia menjadi sasaran Pas.
==============================================================================
Perlu jelaskan pelantikan menantu
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
KOTA BHARU 8 Ogos - UMNO Kelantan mempersoalkan atas alasan apa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merestui pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ketua Penerangannya, Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, sekiranya langkah itu mengikut sunah, mengapa ia hanya terpakai kepada kerajaan pimpinan Pas dan pihak lain pula dikaitkan dengan amalan kronisme.
"Kena tanya beliau mengapa, kalau betul, bukankah itu seperti mengata dulang paku serpih. Terserah kepada rakyat untuk menilainya,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas isu pelantikan Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK yang mana Nik Abdul Aziz adalah Pengerusi perbadanan itu.
Hari ini media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.
Menurut Mohd. Alwi, pelantikan yang tidak begitu disedari umum ini tentunya menimbulkan banyak tanda-tanya kerana selama ini pimpinan Pas menggunakan alasan kronisme untuk mengecam orang lain.
"Barangkali ada hikmahnya, jangan marahkan orang apabila kita turut membina rumah kaca kerana apabila dibaling, ia mudah pecah,'' ujarnya.