Aku selalu juga baca blog dia tetapi aku tidak berminat langsung untuk link akan blog dia dengan blog. aku, akhir-akhir ini aku langsung tak masuk baca blog dia, dan tak tahu apa cerita. sehinggalah dia ditahan polis.
Rupa-rupa dia ni sekampung dengan aku dan senior setahun . elok lah dia ditahan dan aku dah tulis dalam post aku sebelum ini mengingatkan tentang ramai blogger di Asia telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana cakap dan tulisan mereka lebih-lebih.
walaupun blogger tak ada lesen dan tak perlu mendapat izin mana-mana pihak. kalau dah nak menulis blog terutama yang menyentuh negara, undang-undang dan politik, kita mestilah berhati-hati. terutama jangan sesekali menulis blog berbentuk hasutan. (ini banyak dalam blog pembangkang. suruhanjaya multimedia dan polis kena selalu check) dan kita blogger mesti ingat. sebelah kaki kita sudah ada dalam penjara, kalau kita jadi blogger. sama seperti memimpin sebuah pertubuhan dan persatuan. Kita jangan ingat seronok saja. kaki kita pun sebelah dalam jel. Silap cakap, silap tindakan. polis akan datang tengah malam ambil kita.
Satu lagi tok-tok guru dan khatib-khatib yang dok baca khutbah pun sama. polis kena pantau selalu, mereka ini mulutnya lebih bisa dari blogger, dengan bertopengkan agama mereka menyalahgunakan kuasa mereka dengan menghasut dan meracun pemikiran rakyat,. setiap surau dan masjid, polis hendaklah selalu membuat memantauan.
Sultan Selangor dan Sultan Perak sudah banyak kali bertitah tentang soal masjid dan surau. Jangan sesekali menjadikan institusi ini sebagai gelanggang politik. Di Kamunting 34600 ,sehari sebelum pilihan raya dahulu. golongan muslimah Pas terang-terang telah melanggar peraturan dengan masuk dalam kawasan Masjid Jamek Kamunting dan melekatkan risalah Pas pada setiap kenderaan jemaah pada Solat Jumaat 7 Mac 2008. Selesai sahaja solat. sebuah 4x4 Ford Ranger milik Pas telah menghalang laluan keluar kenderaan dan memberi ceramah terakhir mereka dari atas kenderaan pacuan 4 roda tersebut. dan ia benar-benar mengganggu jemaah yang hendak balik cepat kerana nak turun kerja dan menghantar anak sekolah.