Sabtu, 9 Ogos 2008

Forum 'Memeluk Islam' tamat awal

KUALA LUMPUR: Forum kontroversi 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.

"Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

Di luar perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang berkumpul termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai bantahan terhadap penganjuran forum itu.

Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa.

Kira-kira 80 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keadaan. - Bernama

===================================================================================

Samada dihentikan awal atau liwat(LEWAT) , itu tidak menjadi soal lagi, Yang penting Forum tersebut berjalan juga.

Trend pembentangan kertas kertas hari ini sudah berubah , tidak panjang berjela-jela, dan dalam masa satu jam banyak mesej dapat disampaikan dalam forum tersebut.

Harap polis , BPR dan Pendaftar Pertubuhan dapat menyiasat secara terperinci mengenai forum tersebut. Adakah forum itu mengikut landasan yang betul dalam Majlis Peguam, andainya ia salah maka tindakan mesti di ambil, mengikut Ketua Menteri Melaka mereka harus di ambil tindakan dibawah akta ISA. Setuju sangat dengan cadangan itu

Pelik dan ajaib kenapa Pemuda Pas tidak membuat laporan polis dan BPR terhadap penganjur itu, Sedangkan jelas forum tersebut mencabar undang-undang dan perlembagaan negara. Apa kah kerana Anwar Ibrahim menyokong Forum tersebut maka Pemuda Pas berdiam diri?

Kalau begitu pendirian Pemuda Pas jelaslah bahwa Parti Pas bukan lagi Parti Islam Se Malaysia. tetapi sama dengan PKR dan Dap. ASSABIYAH DAN SEKULAR.
===================================================================================

Berita TV malam ini jelas menunjukkan Pas dan ahli PKR ada membuat bantahan. Yang seronoknya muka Anwar tak ada. Macam mana nak ada. Dia yang bagi sokongan dan lampu hijau agar forum di adakan. Yang nampak membantah ialah ahli Parlimen Bandar Baru, YB Zulkifli. Nampak dia benar-benar menentang forum itu, ini jelas menunjukkan protes beliau terhadap Anwar yang beria-ria nak merampas kerusi beliau jika Mahkamah membatalkan kerusi Bandar baru.

UMNO sudah tentu akan mengambil tindakan melalui saluran umdang-undang.

Aku menyarankan Majlis Peguam membuat Forum Masuk Kristian dan Forum Masuk Hindu pula. baru adil.