Isnin, 11 Ogos 2008

Nik Aziz minta pencuri kembalikan harta orang miskin

11/08/2008 4:21pm

KOTA BHARU 11 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas daripada pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka merampas' harta orang miskin.

Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

``Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

``Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Utusan

===============================================================

Komen: Tulah salah Pak Nik juga. Orang suruh ajar agama, ajar hukum fiqah, fardu ain, tok guru ajar apa, ceramah politik saja lebih. Bab agama sentuh sikit-sikit saja.

Kesimpulan kedua ialah Kelantan negeri miskin lagi kerana ramai rakyatnya menjadikan Pajak Gadai sebagai sumber kewangan pinjaman utama. Macam peniaga pasar Siti Khadijah lah, gelang mengalahkan pelakon Mami Jarum. Yang miskin pulak miskin sesungguhnya. penyapu pun tak mampu beli , laman rumah penuh sampah..