Isnin, 11 Ogos 2008

Orang Melayu Mula Sedar Akan Pentingnya I.S.A

Adalah diharapkan kepada semua orang Melayu yang beragama Islam hendaklah sedar dan insaf akan peripentingnya akta ISA dikekalkan dalam negara ini.

Seandainya ISA berjaya dimansuhkan oleh kerana desakan-desakan dari kumpulan ekstrem ini maka kita akan lihat kejayaan mereka dan mereka akan lebih berani mencabar undang-undang negara.

Lihatlah betapa beraninya Majlis Peguam Malaysia mencabar kerajaan dan undang-undang negara dengan tidak mengendahkan desakan masyarakat supaya 'forum masuk islam' dibatalkan.

Malah forum tersebut berjaya di jalankan juga , walaupun satu jam banyak perkara dan penghinaan terhadap undang-undang dan perlembagaan negara berjaya dilontarkan oleh mereka. Satu jam juga seribu racun dapat disebarkan kepada minda yang hadir di dalam dewan tersebut.

Saya yakin tak ramai ahli dalam Majlis Peguam bersetuju dengan rancangan exco-exco mereka. Tetapi puak-puak tersebut memperlekehkan undang-undang negara kerana mereka berasa sudah cukup besar kepala kerana ramai orang mereka sudah menjadi MP dan berada dalam kerajaan campuran. Mereka berasa sudah cukup kuat kerana mendapat sokongan oleh seorang yang bakal bergelar Perdana Menteri dalam pembikinan.

Pas memang rasa tercabar tetapi mereka berbelah bagi untuk turun menentang forum tersebut kerana tidak mendapat lampu hijau daripada bakal pemimpin mereka. Tetapi semangat melayu sukar dibendung. Terlepas juga segelintir dari dua parti ini , dan dapat dijilat dengan jelas betapa beraninya mereka meredah masuk ke dalam dewan dan mencabar peguam-peguam di dalam nya.

Sekarang peristiwa tersebut memberi satu impak besar kepada penentang ISA. Pas akan berfikir sekali lagi adakah patut mereka menentang ISA. walaupun ramai pengikut Pas juga adalah tahanan ISA.

Peguam-peguam melayu menganggap seekor kerbau membawa lumpur ,hampir semua terpalit. Ini jelas exco-exco majlis peguam tidak mendapat restu oleh semua ahli. mereka juga ingin menjadikan Majlis Peguam macam majlis indu malaysia.