Isnin, 11 Ogos 2008

Pakatan Rakyat Semakin Hilang Pakat

Dakwaan Nik Aziz betul, ada dengki dalam pakatan rakyat itu sendiri, Ini mungkin timbul apabila PKR kurang mendapat sokongan Pas. Pkr marah dan akhirnya melukis karikatur yang menyindir Pas dalam akhbar internet yang popular milik RPK.

PAS pula umpama hidung tak mancung dan mengharap akan pipi saja dalam Pakatan Rakyat kerana ingin duduk atas kerusi empuk. Kalau dia berundur terus dari pakatan maka hilanglah kerusi empuk yang baru berusia 5 bulan dan hilanglah usaha mereka untuk meruntuhkan kerajaan BN. Dendam kesumat PAS selama 50 tahun hampir tercapai kini. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengampu dan membodek dua lagi parti untuk sama-sama meruntuhkan sebuah bukit yang besar, diibaratkan begitu lah.

Dua lagi parti tak kisah sangat, menang kah, kalah kah yang penting anak beranak mereka boleh cari makan dalam politik disamping kerjaya mereka yang sudahpun berjaya membina kehidupan yang cukup mewah.

Politik ini hanyalah mainan sahaja, kerana dengan politik mereka boleh menghuru-harakan negara dan boleh mengugut kerajaan dalam banyak benda.

Sebab itu mereka pandai bahagi membahagi kerusi parlimen dan dewan negeri. Umpamanya di Pulau Pinang dahulu. orang yang sama bertanding dalam dua kerusi, pengundi kaum mereka hanya bagi dia menang untuk dewan parlimen sahaja dan sebaliknya untuk dewan negeri dia sengaja dikalahkan.

Parti yang satu lagi tidak mempunyai agenda atau visi dan misi yang kukuh. Mereka ini ialah parti anak beranak juga.. Tugas mereka ialah untuk membalas dendam kesumat yang tak pernah selesai.

Ramai juga ahli UMNO yang disingkirkan tetapi mereka duduk diam sehingga mereka diampunkan atau dijemput masuk semula. Tetapi dia ini oleh kerana banyak bersalah kepada keluarga, agama dan bangsa maka dia bijak mencari ruang untuk menutup kesalahan dan malu dia dengan membuat gila.

Gila dia bukan jenis yang boleh di sumbat ke wad gila tetapi gila dia ialah mengajak orang sama-sama jadi gila macam dia. Ada satu ayat yang selalu digunakan oleh dia 10 tahun lalu. aku pun dah lupa ,sikit -sikit ingatlah " Jalan bercakap soal........kalau ......perjuangan...itu lah lebih kurang yang aku ingat. memang kaw-kaw ayat tu, (siapa ingat boleh tambah)

Semua tindakan yang dia buat aku pun naik serabut perut. Apa tidaknya tak sampai seminggu dipecat dia buat gila di rumah dia, di masjid negara, di mana-mana saja. tujuannya ialah untuk mengumpul penyokong dan menentang kerajaan seperti mana yang pernah dia lakukan pada dia di UM dahulu dan juga untuk menutup kesalahan peribadi dia kes apa lagi kes macam sekarang lah.

Hari ini ketiga-tiga parti sudah bergabung dalam satu nama. Hari ini setelah 5 bulan kahwin kemesraan antara mereka sudah luntur. Ibarat suami isteri yang tinggal serumah tetapi masing-masing membenci-membenci dan masing-masing hanya menunggu masa untuk bercerai sahaja. atau gagah tunggu sebab masalah anak-anak.

Dap tak kisah. bergabung atau tidak tugas mereka hanya untuk mengurangkan 2/3 suara BN di parlimen, Pkr pula bili-bila sahaja parti boleh runtuh dan musnah. Seandainya gagal menubuhkan kerajaan 27 Ogos ini dan dia didapati bersalah maka musnahlah cita-cita dia untuk menjadi PM boneka USA dan mungkin parti Pkr akan dibubarkan pendaftarannya.

Bila Pkr sudah tiada , apa akan terjadi kepada Pas? nak terus berkawan dengan Dap? Tak mungkin...sudah cukup lah pakatan mereka selama ini, 2008 pun gagah berpeluk dan senyum ketawa kerana ada Pkr , Pkr jadi radiator penyejuk kepada Pas dan Dap.

Bila kes liwat dibawa ke mahkamah Pkr terasa dipinggirkan, sokongan di Permatang Pauh pun tak seberapa. Majlis solat Hajat pun tak ramai yang hadir, ramai yang hadir sebab mereka adalah jemaah tetap masjid tersebut. Dimana penyokong nya yang dahulu penuh di mana-mana sahaja. Jelas menunjukkan dia kehilangan sokongan. Pas kalau pergi pun hanya nak tunjuk muka atau pemanis mulut, atau saja nak tinjau-tinjau. Pas kurang yakin dia boleh menjadi PM. tetapi gagah sokong juga lah.. kut-kut kalau jadi nanti , macam kena nombor ekor lah. boleh pakai kereta mercedes baru.

Pas dan Dap berjanji untuk membantu dia menang di Permatang Pauh. Boleh kah penduduk setempat menerima hidung belang-hidung belang tu? so kita lihat lah mereka nanti masing-masing gosok belakang kawan-kawan dan jangan gosok dengan pisau sudah lah nanti jadi kes polis. Tetapi tikam dari belakang tak apa.