Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu | Aug 07, 08 | 1:04:45 pm MYT | |
Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk "Memeluk Islam" yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini. PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri. Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak. Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri. Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak. Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan. Presiden, =============================================================== Ulasan:Orang Pas marah memang patut lah. tetapi YB Zulkifli Nordin satu-satunya orang PKR yang berani kedepan membantah Forum Masuk Islam. Memang hebat dan berani Zul ini. 10 tahun dahulu dia terpedaya dengan kata-kata manis dan tipu daya Anwar menyebabkan dia merengkuk dalam tahanan ISA. Waktu tu usianya baru 36 macam tu. Sekarang dia sudah berusia 46 dan pemikirannya sudah pun matang. (matang lah sebab dah lebih 40) orang omputih kata life begin at 40. Nabi Muhammad pun jadi Rasul pada usia itu, sebab tu omputih guna ayat tu. Sekarang YB Zul hilang, hilang mungkin kerana dia di marahi oleh Anwar kerana orang kuat Majlis Peguam dah lapor kepada bos mereka Anwar. dan Anwar hamunlah si budak jahat Zul ni. maklumlah dia masih muda di mata Anwar. Sekarang YB Zul sedang berkhalwat sorang-sorang mencari jati diri, mencari siapa dirinya, mencari erti mimpi-mimpinya. Kita tunggu kemunculan semula YB Zul. Apa reaksi terhadap partinya yang jelas menyimpang dari landasan perjuangannya. Pas hanya berani mendesak Majlis Peguam menghentikan Forum, Tetapi tak berani menghentam Anwar yang menyokong Forum dan Majlis Peguam. Pas hanya melukut ditepi gantang. |
Isnin, 11 Ogos 2008
PAS BANTAH, ANWAR SOKONG
PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia