Khamis, 7 Ogos 2008

PKR dakwa tarikh pilihan raya sukarkan penduduk

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tarikh mengundi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dipilih pada Selasa 26 Ogos iaitu hari bekerja akan menyukarkan penduduk kawasan itu keluar mengundi.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, sebahagian pengundi di kawasan Parlimen itu merupakan peniaga kecil yang berniaga di luar kawasan seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Singapura.

Beliau mendakwa ia merupakan taktik untuk mengurangkan jumlah undi penduduk kawasan itu yang rata-ratanya menyokong PKR.

"Mengundi pada hari bekerja akan menyulitkan penduduk," katanya ketika berucap di hadapan penyokong PKR di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

SPR hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos, manakala pengundian pada 26 Ogos jika ada pertandingan.

Tian Chua meminta penyokong PKR khususnya penduduk di Permatang Pauh agar tidak terlalu yakin parti itu akan mendapat kemenangan mudah.
==================================================================================
Tian Chua harus faham. Walaupun Pilihanraya kecil tetpi ia memberi impak besar kepada keselamatan negara. Memang sesuai dibuat pada hari bekerja, yang penting bukan pemerhati dari luar tetapi pengundi itu sendiri. Kalau dibuat oleh hari Sabtu dan Ahad sudah tentu ia akan mengganggu pengundi-pengundi yang akan turun ke pusat-pusat mengundi. SPR berfikiran waras, yang tak waras ialah PKR.

Bayangkan berapa ramai polis akan dipanggil untuk mengawal keadaan jika pembuangan undi dibuat pada hari cuti hujung minggu.