Apa komen orang Kedah? agaknyalah kalau kerajaan UMNO masih memerintah Kedah dan menaikkan kadar zakat fitrah dari RM5.00 ke RM7.00 tak tahulah berapa kontena maki hamun dan akan menjadi modal ustaz-ustaz Pas dalam kuliah maghrib mereka.
07/08/2008 3:19pm
ALOR STAR 7 Ogos – Zakat fitrah bagi negeri Kedah tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 iaitu meningkat RM2 daripada sebelumnya.
Setiausaha Jabatan Zakat Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, kenaikan itu selaras dengan kenaikan harga barang terutama beras yang meningkat tinggi tahun ini.
Beliau berkata, kira-kira 3,000 orang amil atau pemungut zakat di seluruh negeri telah dilantik untuk mengutip zakat pada bulan Ramadan ini.
Sultan Kedah turut menitahkan agar rakyat membayar zakat kepada amil yang dilantik, katanya kepada Bernama.
Sheikh Ghazali berkata, pungutan keseluruhan zakat tahun ini dijangka sebanyak RM45 juta, naik sebanyak RM5 juta berbanding tahun lepas yang sebanyak RM40 juta.
Pungutan zakat pada 2006 ialah sebanyak RM38 juta.
Jabatan Zakat Kedah mengagihkan RM44 juta hasil pungutan zakat kepada golongan yang layak menerimanya tahun ini, katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM18 juta diberikan kepada golongan miskin, RM3.2 juta (fakir), RM5 juta (pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan), RM1.4 juta (ke IPT luar negara) dan RM16.3 juta (golongan yang berjuang untuk agama).
Sheikh Ghazali berkata, berikutan titah Sultan supaya kakitangan kerajaan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji, jumlah pembayar dari kalangan kakitangan awam meningkat kepada 2,700 orang tahun ini berbanding 490 orang tahun lepas.
Beliau berkata, badan korporat seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Tabung Haji dan bank-bank perdagangan merupakan antara penyumbang zakat perniagaan terbesar kepada Jabatan Zakat Kedah. — Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: