Perjuangan UMNO sekarang ini ada perjuangan orang melayu untuk agama dan bangsa melayu, tak kira anwar salah diliwat atau meliwat atau tidak, hudud atau qisas ker tidak. yang memjadi pokok perjuangan ialah survival melayu ditanah melayu, Orang melayu tidak ada lagi rumah kedua atau kerakyatan kedua atau tidak ada lagi negara asal yang boleh panggil balik kita. melayu hanya ada tanah melayu yang membenarkan kehadiran Raja Melayu dan Agama serta adat-adat melayu. oleh itu sokonglah perjuangan melayu,
Melayu tak boleh jadi orang puteh, tetapi orang puteh boleh jadi melayu,( tak percaya lihat artis pan asian kita) orang melayu tak boleh jadi India atau mamu tetapi mamu boleh jadi orang melayu ( banyak sangat dah contoh di Malaysia) begitu juga yang lain tak perlu cerita panjang.
Anwar sudah menyimpang jauh dari perjuangannya, sebab itu dengan sendirinya tersingkir dari ketentuan Allah dari menjadi pemimpin no 1 di Malaysia, dia sudah jauh terpesong cara politiknya dalam mempertahankan agama dan bangsa melayu sebab dia sendiri pun bukan melayu tulen.
Pas juga sama terpesong jauh dari dasar dan asas perjuangan Melayu. Sama seperti Dato Onn Jaafar pengasas UMNO 1946. Umno mengundurkan beliau kerana ingin mengantarabangsakan UMNO dan akhirnya mengangkat kaki meninggalkan UMNO yang dia sendiri tubuhkan, UMNO untuk Melayu, Bukan Pas untuk Melayu, bukan PKR untuk melayu,
Apakah UMNO tidak Islam? Apakah UMNo assbiyah? hanya Pas yang tak nampak apa yang dilakukan oleh UMNO dalam meningkatkan syiar Islam. Ambil satu contoh iaitu J-Qaf. iaitu penekanan pelajaran Agama di sekolah rendah di seluruh Malaysia telah dimulakan sejak 4 tahun lalu adalah indikator menunjukkan UMNO bukan sekular atau asabiyah. Pas buat apa. yang hanya menipu pelajar sekolah agama rakyat dengan nama Islam tetapi menanam minda pelajar supaya menyokong Pas dan menolak yang lain. Hanya Pas sahaja Islam , UMNO bukan Islam. Pada hal UMNO lah yang lebih banyak memperjuangkan Islam.
Oleh itu ku seru semua pengikut Pas supaya meninggalkan Pas dan menyertai UMNO, begitu juga pengikut parti PKR, tinggalkan perjuangan yang sia-sia dan bersamalah dengan UMNO dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
UMNO merupakan parti politik tertua dunia hari ini yang masih memerintah, Dahulu LDP di Jepun merupakan parti paling lama memerintah, dunia amat mencemburui akan dasar perjuangan UMNO yang menentang Yahudi Nasrani dan Syiah. Oleh itu begitu banyak musuh di luar dan dalam selimut yang sudah menjadi virus trojan dalam memporak perandakan orang melayu.
Hari akhbar melaporkan calon Ketua Bahagian UMNO Seremban kena tahan BPR. Ramai yang tidak terperanjat dengan penahanan ini , dah kalah dalam PRU 12 di tempat paling selamat.Ini lah pemimpin yang bukan pilihan rakyat seperti yang aku sebut dalam post lalu. Setuju supaya BPR dan Polis terus menjadi mata dan telinga untuk terus menguatkan UMNO, yang salah perlu dihukum . Kita sayangkan UMNO bukan orang didalam UMNO, orang dalam UMNO datang dan pergi.
Ramai Ulamak dan Umarak UMNO datang dan pergi meninggalkan kita, ada yang tiada kesempatan memimpin negara, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, Amin