Aug 2, 08 6:36pm
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.
"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.
Ini pun kena kaji dulu, sebab anak-anak yang sebelum masuk universiti pun dah daftar sebagai ahli politik seperti Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.tak patut pulak di kena keluar dari UMNO. cuma dicadangkan boleh jadi ahli biasa tetapi tidak boleh pegang jawatan bagi semua peringkat parti.
Pelajar tidak sepatutnya menjadi pelajar zaman Anwar Ibrahim dahulu yang sikit-sikit buat demo dijalanan dan akhirnya kena buang dari U.Rugi lah bangsa melayu setelah menghabiskan masa di sekolah berasrama penuh seperti SMK Raja Azlan Shah dengan menghabiskan banyak wang pembayar cukai dan akhirnya tersingkir dari U walaupun mempunyai kemajuan akedemik yang baik.Ini terbukti ada blogger yang dulunya adalah pelajar cemerlang di SERATAS dan akhir balik kampung sepak tunggul kayu kerana berkempen menyokong Anwar 1999 dahulu.
Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.
"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.
Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.