Ahad, 3 Ogos 2008
Budaya Membakar Sampah Penduduk Taman
Semenjak negara dilanda masalah jerubu lebih 11 tahun lalu isu pembakaran terbuka menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar. Malahan sehingga wujud satelit yang dapat mengesan pembakaran terbuka di Malaysia mahupun di Indonesia.
Berbalik kepada masalah pembakaran sampah penduduk taman-taman perumahan dan kampung-kampung tersusun di bandar Taiping dan juga lain-lain tempat dalam negara ini.
Kegiatan ini sudah menjadi budaya dan satu kemestian dikalangan penduduk taman pada waktu petang dan jika tidak ada hujan.
Antara jam 6 hingga 7 malam akan terdapat makcik-makcik atau pun pakcik-pakcik akan menyapu sampah-sampah buangan dari rumah atau pun ranting dan daun-daun pokok serta juga rumput-rumput yang baru dipotong ke satu penjuru di depan rumah taman dan akan mula membakar sampah dan daun-daun kayu tersebut.
Yang menyedihkan apabila sampah-sampah plastik dan getah turun di bakar bersama dau-daun. Akibatnya ia akan menghasil bau dan gas yang teramat busuk dan sudah tentu membahayakan kesihatan penduduk di sekeliling.
Tidak hairan lah jika hari ini pelbagai jenis penyakit sering menyerang penduduk-penduduk taman.