Ahad, 3 Ogos 2008
copy dari blog damansara damai
Isu Sensitif : Gerai Idaman
Apa Nasib Mereka?
Apartmen Idaman cukup popular di Damansara Damai dan kerana itu ia menjadi tempat tumpuan.Lihatlah gerai tepi jalan yang setiap hari semakin banyak dan terus bertambah-tambah.Aku faham sangat dengan kisah peniaga ni....Kais pagi makan pagi la lebih kurangnya.
Kerajaan terdahulu beberapa kali ingin memindahkan mereka tetapi gagal atas banyak sebab.Antara lokasi yang dicadangkan;
- Padang Blok H dan G >> tak sesuai kawasan sesak penduduk
- Tepi Padang Impian >> tidak dibenarkan pemaju
- Tepi Jalan Utama Apt.Idaman >> saya pun tak setuju bahaya/faktor sesak dan keselamatan.
- Tapak kuari/batu belakang sekolah >>ini kena campur tangan Kerajaan Negeri kerana pemaju memang tak beri kerana katanya rizab sekolah.
Macam-macam masalah timbul dengan adanya penjaja ini.Penduduk membenarkan mereka berniaga atas peri kemanusiaan tetapi mereka merebut petak pakir kereta melampau-lampau. Selepas berniaga tak pernah nak kemas,khemah terus tidak dibuka menyebabkan kekurangan pakir kereta.
MBPJ selalu datang dan beri kompaun tetapi ini bukan penyelesaiannya.Mereka nak berniaga mencari rezeki walau diangkut,disaman dsbnya mereka tetap berniaga.Penyelesaiannya kena buat gerai dan pindahkan mereka.2000 hingga 2008 BN gagal selesaikan masalah ini dan kita tengok Pakatan Rakyat dapat selesai atau tidak.
Ini baru kisah ringkas di Apartmen Idaman.Bagaimana pula nasib penjaja di Harmoni? Lestari? Vista? Permai? dan sekitarnya.Pimpinan Pakatan Rakyat dan PBT kena bijak bertindak dan perlu perbincangan yang mantap.Jangan buat gerai macam Apt.Harmoni...sekarang jadi apa?
Posted by al-harith at 5:28 AM