Isu kereta Mercedes di Terengganu secara tersendirinya telah mengundang BPR masuk untuk membuat siasatan. Bagus tindakan BPR kerana proaktif dan tidak perlu menunggu akan adanya laporan atau pengaduan oleh dari mana-mana pihak orang awam.
Maka isu keretan kali ke 2 yang telah membabit 75 juta ringgit kos membaik pulih juga mestilah menarik minat BPR untuk masuk menyiasat seperti mana yang berlaku dalam isu mereka exco di Terengganu.
Harap pihak polis juga turut berubah dalam menangani kes-kes yang melanggar hukum dan undang-undang di Malaysia, Hari ini selalu kita baca polis menyatakan "kita tak boleh ambil tindakan selagi tidak ada laporan polis dibuat"
Polis sepatutnya boleh mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang tanpa menunggu adanya laporan polis yang di buat oleh orang awam untuk dalam kes-kes tertentu.