Isnin, 4 Ogos 2008

UMNO BETUL DAN TUN MAHATHIR BETUL ,

Dahulu apabila Anwar dipecat dari UMNO, semua orang kata Tun Mahathir tak betul. Sebahagian orang UMNO juga mengatakan Tun tidak betul dan bersikap zalim kepada Anwar.

Salah seorang dari UMNO yang telah mengakui hal ini ialah Dato Fauzi bt Rahman Talib. Hari dia dedahkan dia tak sokong tindakan Mahathir pada masa itu.

Anwar berjaya meraih sokongan dari golongan puak-puak pembangkang dari Parti Pas dan juga kumpulan tegar yang sentiasa menyokong kumpulan ekstremis. mereka juag pernah menyokong Semangat 46 dahulu, tetapi bila 46 dan jadi UMNO mereka tak ada tempat yang bersandar. Kes Anwar di pecat menjadikan landasan mereka untuk terus menjadi puak penentang ekstrimisme.

Nak kenal kumpulan ini senang saja, Mereka suka melepak di kedai kopi dan malas bekerja dan menunggu kut-kut ada sesiapa nak belanja mereka secawan kopi. satu lagi kalau dalam sektor koperat dan kerajaan, golongan ini selalu bangkang dalam meeting dan kalau ada program-program luar waktu bekerja seperti Sabtu dan Ahad, jangan cari muka mereka, sudah tentu tak ada punya. tetapi kalau ada program anti itu dan anti ini mereka akan berada di barisan hadapan sekali.

Berbalik kepada kes Anwar,10 tahun lalu terlalu ramai yang menyokongnya. hairan juga dahulu mereka menentangnya kerana dia dalam UMNO dan menjadi orang No 2 dalam kerajaan. Semua puak-puak ini membenci akan Anwar dengan teramat sangat. bahkan hampir sama dengan kebencian kepada Tun Mahathir.

Setiap tahun dalam membentangkan balanjawan negara puak-puak ini mencemuh Anwar. Dan mereka ini lah yang berpatah balik menyokong Anwar. Sama juga dengan Lim dan Karpal. begitu juga Pas, Apa yang mereka tak kutuk si Anwar tu, bukan berbakul lagi tetapi setongkang kutukan dan penghinaan kepada Anwar semamsa dalam UMNO. Lihat hari ini apa sudah jadi, seperti makan dan menjilat muntah sendiri, mereka menimang Anwar sehingga sanggup di perkuda oleh Anwar dalam usaha mencari sokongannya. Dap dan Pas kena ingat, dulu mereka tak suka Anwar kerana dasar-dasar dan perangai buruknya, "tetapi sekarang sudah tukar ka?, dulu somma tarak baik, sekarang kuntut pun bau wangi, sudah tukar la tu" Pinjam kata-kata Sathia Pi Mai Pi mai Tang tu).

Apa nak jadi dengan Pas terutama nya . Dap tak kisahlah bukan parti Islam. Ini Pas yang mendokong nama Parti Islam kenapa menyokong Anwar yang Assabiyah dan jelas bersekongkol dengan Yahudi dan Majusi.

Maka akhir ayat, betullah semua tindakan Tun Mahathir , Pisang tak berbuah dua kali, tetapi pisang anwar berbuah banyak kali.