Sabtu, 2 Ogos 2008

Kemalangan Ngeri di Kilometer 6.7 Lebuh Raya Cheras-Kajang


Mengikut laporan akhbar kemalangan berpunca dari kegagalan brek lori tersebut.Dari pengalaman saya ia bukan disebabkan oleh brek tetapi kegagalan sistem nozel diesel dan kegagalan kawalan enjin.

Kegagalan kabel minyak atau kabel tersangkut menyebabkan bahanapi gagal dikawal oleh pedal minyak di kaki pemandu. Enjin akan melahu tinggi dan sukar untuk merendahkan RPM enjin. malahan RMP akan meningkat mendadak.

Dalam keadaan panik pemandu lori yang membawa muatan akan hilang idea dan tidak tahu apakah tindakan yang perlu di ambil olehnya. kekurangan pengalaman memandu juga menyebabkan dia hilang kawalan dan membiarkan sahaja kenderaan pergi tanpa ada kuasa untuk melawan.

Kejadian begini lebih mudah berlaku juga kepada kereta berenjin petrol yang menggunakan sistem kaburetor. Seandainya salah satu kabel pendikit minyak tersangkut pada mana-mana bahagian kaburator dan akan menyebabkan RPM akan naik mendadak walaupun tekanan minyak dilepaskan. Andai kita biarkan, kereta akan bergerak terlalu laju dan tidak dapat dikawal lagi. Brek tidak lagi akan berfungsi dengan baik. keadaannya adalah sama seperti kereta F1 dan Japan GT yang sedang berlumba ditrek.

Apa perlu anda laku kan sekiranya situasi ini berlaku kepada kenderaan anda.

1. cuba freekan gear. dan tekan brek perlahan-lahan, dan jangan panik.
2. matikan enjin segera setelah gear kenderaan berjaya dibebaskan.
3. cuba buka hood dan baiki kenderaan anda atau panggil mekanik untuk betulkan sistem yang rosak.

Apa yang saya ceritakan disini adalah pengalaman sendiri semasa memandu Mazda 1.8cc