Satu episod baru telah mewarnai dunia politik tanah air hari ini. Tidak perlu mengulas panjang sebab semua sudah tahu. Yang penting apapun tindakan Majlis Tertinggi Umno hendaklah selari dengan syarat-syarat dalam akta pertubuhan dan tak terkeluar dari perlembagaan parti.
UMNO mesti berpegang teguh kepada perlembagaan. Andainya menyimpang kemungkinan UMNO akan didenda atau dibatalkan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987.
Budaya peralihan kuasa pucuk pimpinan juga mesti dibuat secara demokrasi dan bukan seperti syarikat sendirian berhad. Dan yang penting setiap 3 tahun pemilihan mesti diadakan TANPA GAGAL. Sebab ia menjadi penunjuk kepada calon wakil rakyat. Penangguhan 2007 telah menyebabkan UMNO dan BN kehilangan banyak kerusi.