Pihak pembangkang terutama PKR dab PAS dengan penuh yakin dan bersemangat mengtakrifkan UMNO bakal berkubur. Bahtera UMNO akan karam. Tsunami politik 2008 akan terus merubah rupa bentuk muka bumi tanah milik UMNO.
Itu kata mereka yang cuba mencuri peluang untuk menutup kelemahan pembangkang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.3 Parti komponan Pakatan Rakyat walaupun tidur dalam satu khemah dan berkongsi bantal , tapi masing-masing tidur ayam. Takut diri ditikam oleh sahabat. atau lebih tepat ialah tikam belakang atau makan kawan.
Paling ditakuti ialah oleh Pas dan Dap ialah kepada PKR. Almaklumlah kawan tu memang berminat dengan kaum sejenis.Takut kalau terlena, sedar-sedar dah kena tikam dari belakang.
Tutup bab tikam kawan dari belakang, mari kita fokus kepada pemilihan UMNO, Tahniah penulis ucapkan kepada Ketua-ketua Bahagian yang berjaya mempertahan kerusi mereka.
Kepada yang gagal mempertahankan jawatan jangan cepat merajuk atau membawa diri ikut pintu belakang.
Ambil contoh Pak Lah. Walaupun karier politik pernah cuba dikuburkan oleh Anwar pada tahun 1993 lalu. Tetapi Pak Lah dalam diam dan lembut bangun berjaya kembali menawan kerusi panas dan akhirnya menjadi Presiden UMNO.
Pak Lah, Abd Hamid Osman, Sanusi Juned dan ramai lagi pernah ditumbangkan oleh team wawasan pada ketika itu.
Sedih juga memikirkan tentang persidangan-persidangan cawangan seluruh negara kerana dicemari kisah-kisah kurang enak gara-gara inginkan kuasa dan kemenangan.
Memanglah itu semua sudah menjadi asam garam berpolitik. Kalah dan menang biarlah bermaruah. Jangan sampai kita dicemuh kemudian hari.
Sejak berzaman sudah kita biasa dengar persidangan cawangan mahupun peringkat bahagian penuh dengan tipu muslihat dan tektik kotor. Seelok-eloknya BPR kena hadir ke setiap cawangan yang bermesyuarat.Apa macam, setuju? dan perbagai cara digunakan oleh yang mempertahankan jawatan untuk terus mengekalkan jawatan, begitu juga pencabarnya , pelbagai muslihat yang pelik2 diutarakan.
Tapi seperti biasalah. bukan dalam politik saja, semua bidang yang melibatkan kerusi yang mempunyai kuasa sama sahaja. Badan sukan, pertubuhan2 bukan kerajaan dan sebut saja apa jua jenis yang melibatkan pemilihan dan undi ringkasnya demokrasi begitu lah hakikatnya,
Dalam PRU 12 dan sebelum-sebelumnya kisahnya pun sama.Pas atau Dap atau PKR semuanya parti politik. masing-masing mahu menang.segala cara digunakan tak kira betul atau salah.
Dahulu dalam perlawanan bolasepak persahabatan antara Malaysia dan Argentina. Pasukan undangan yang bergelar juara dunia juga menipu terang-terang dalam padang. Memanglah salah dan sedia menerima hukuman tendengan percuma oleh Malaysia. Tapi nyata cara itu telah menyelamatkan gol mereka. dalam sukan ia disebut tektik dan teknik.
Pas melaungkan bahawa UMNO tak ikut cara Islam. Memang betul tak ikut cara pemilihan mengikut lunas-lunas Islam. Tetapi Pas tu buat cara betul kah? Tak juga, Pas pun sama macam UMNO cara pemilihannya. Cuma nak mengabui mata pengikutnya letaklah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan di atas nya ialah Ulama Pas. Hakikatnya peringkat Presiden sampai kebawah-bawah berebut juga.
PKR pun sama. Dap pun sama. Langkah Dap baru-baru ini melantik Tengku Aziz( kalau tak silap saya) jadi orang penting parti sedikitpun tidak menghairankan penulis. Kalau dilihat sejarah atau latarbelakang kerjayanya memang dia terdedah dengan pelbagai ideology. dan tidak mustahil untuk naik cepat DAP lah medium nya. Kalau masuk UMNO sudah tentu mesyuarat cawangan pun beliau tidak dijemput. Sebab apa? takut kerusi panas ketua cawangan akan melayang.
Benarkah tiada pemilihan pucuk parti tahun ini? Kalau tak ada pun eloklah. biarlah mereka tu pegang jawatan sampai 2010.Tapi pastikan sebelum PRU 13 pemilihan pucuk pimpinan semua peringkat mesti diadakan.
Jangan jadi seperti 2007. Tahun yang sepatutnya diadakan pemilihan semua peringkat telah di tangguhkan ke tahun ini, gara-gara persiapan untuk PRU12. Akibatnya UMNO kehilangan banyak kerusi kerana sabotaj peringkat dalaman UMNO.Ini disahkan oleh pucuk pimpinan parti selepas PRU 12.Tetapi yang kena ambil tindakan hanya 4 orang dari Sabah. Ramai lagi terlepas mungkin kerana kurang bukti.
Yang lalu tetap berlalu dan menjadi pedoman. Kesilapan untuk tidak mengadakan pemilihan 2007 ternyata memberi impak yang besar kepada UMNO.
Apa tidaknya.Apa bila Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian mahupun Naib Ketua Bahagian tidak tersenarai nama sebagai calon sudah tentu akan timbul rasa tidak puas hati. Tambahan lagi bila wujud calon payung terjun.
MT sudah tentu sedar akan kesilapan mereka, kerana mengizinkan supaya ditangguhkan pemilihan 2007. Sebab itu seorang ahli UMNO dari Pahang telah menyaran semua ahli MT bertanggung jawab dan harus meletakkan jawatan. Akibatnya beliau sendiri yang terpaksa melepaskan jawatan kerana kenyataannya.
DR. Rais Yatim mencadangkan supaya UMNO kembali ke asal. Asal yang macam mana tu? Asal seperti tahun 50an lah. berjuang dengan ikhlas dan tidak ada unsur perebutan jawatan yang melampau. Dalam ertikata lain bebas dari politik wang.
Penulis berani menyatakan pemimpin politik UMNO hari ini bukan semua bijak berpolitik, sebab itu bila kena tempelak oleh pembangkang maka sepi seribu bahasa. Tak bijak memanipulasikan tohmahan pembangkang. Mengapa? Kerana mereka hanya bijak berniaga dan ada wang dan sudah tentu peringkat akar umbi melantik mereka sebagai pemimpin mereka.Kalau ketua yang tak ada wang tidak akan terpilih sebagai pemimpin.
Hari ini lah kalau ada cikgu-cikgu kampung atau ustaz-ustaz kampung yang bijak berceramah dan bijak berhujah bijak dalam politik , dia tidak diangkat oleh akar umbi menjadi pemimpin mereka. Sebaliknya anak-anak bekas Adun yang tak reti bercakap itulah diangkat menjadi pemimpin.
Kerana mereka ada syarikat koperat, ada kereta mercedes, ada gelaran Datuk atau anak Datuk maka merekalah yang menjadi panglima perang yang penakut.Takut bila berdepan dengan pihak musuh politik. Ceramah politik pun tak reti nak bercakap. kena lah import penceramah-penceramah jemputan dari luar.
Kenapa Pas berdaya untuk menarik ramai pengikutnya. Kerana mereka adalah pakar berhujah, pakar berdebat.Benarlah kata Dr Rais Umno mesti kembalikan kegemilangannya.
Kepada kaum koperat melayu, jangan lah sibuk berpolitik jagalah syarikat anda supaya berkembang maju ke seluruh dunia. Cukupkah sekadar ada lesen dan makan komisen? sedangkan diusahakan oleh orang lain, dan anda hanya sibuk berpolitik.
Serahlah suara polotik kepada yang bijak pandai. biarlah dia seorang ustaz sekolah kampung kalau bijak dalam berhujah dan berdebat bagilah ruang kepada beliu menjadi Ketua Bahagian dan wakil rakyat.
Kalau alasan mereka tak ada degree dan tak boleh jadi menteri maka cari lah mereka yang ada degree. Tapi hari ini yang ada degree tak tak boleh melibatkan diri dalam politik seandainya mereka adalah kakitangan kerajaan.
Saya memuji tindakan Ketua Menteri Sarawak dalam memilih calon wakil rakyat.Walaupun pemimpin parti , kalau tak ada kebolehan bercakap tak akan dipilih menjadi wakil rakyat,Sebab itu ramai penjawat awam diarahkan meletak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya, dan mereka berjaya menjadi wakil rakyat yang baik.
Di Semenanjung juga percubaan ini telah dilakukan tetapi selalunya sepenggal sahaja selepas itu hilang entah ke mana. Adakah mereka gagal dalam tugas mereka sebagai wakil rakyat atau ada desakan dari golongan koperat untuk mengambil alih tempat mereka.
Kesimpulannya penulis amat bersetuju UMNO kena kembali ke asal. dan hormati tokoh-tokoh tempatan. bukan membawa ahli payung terjun.