KHABARNYA Pas sudah terbahagi kepada dua kem dalam isu sama ada parti itu patut meneruskan kerjasama dengan Anwar Ibrahim. Presiden Pas, Haji Hadi Awang tetap mahu meneruskan kerjasama itu, tetapi hasratnya telah dipertikai.Semua orang tahu bahawa Haji Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu pada 1999 kerana menunggang isu dan nama Anwar. Pada pilihan raya 2004, apabila Anwar tidak lagi menjadi faktor, Pas kalah teruk di Terengganu dan Haji Hadi kehilangan jawatan Menteri Besar.
Kekalahan 2004 ternyata menghakis keyakinan diri Haji Hadi terhadap keupayaannya sendiri dan partinya. Itulah sebabnya dia mahu terus bergantung kepada Anwar.
Haji Hadi kelihatan tidak lagi mempunyai cengkaman yang kukuh dalam Pas. Sebaliknya Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang semakin uzur dan kurang sihat, pula semakin gagah suaranya. Inilah keistimewaan orang yang bergantung kepada kekuatan diri sendiri.
Nasib baik jawatan Presiden terus tidak ditandingi dalam pemilihan parti tahun ini. Tapi keputusan pemilihan lain-lain jawatan akan menjadi ukuran pengaruhnya.
Awang - Tahu calon pilihan Hadi.