Sabtu, 13 September 2008

Bukan Islam Anjur Majlis Berbuka. (klik)

Kalau ahli BN dari bukan Islam menganjurkan program berbuka puasa macam tu, entah apa kutukan yang bakal diterima oleh UMNO khususnya orang Islam yang menghadirinya.

Hari ini Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah melakukannya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi merupakan ahli politik pertama negara ini menganjurkan jamuan berbuka puasa khusus untuk masyarakat Islam setempat di Padang Awam Berapit Khamis, 11 September.

Sudah tentu ramai ahli Pas hadir ke majlis tersebut.