Sabtu, 13 September 2008

Guan Eng Hanya Bela Kaum Cina Sahaja. Cakap Lain Buat Lain.


PULAU PINANG, 13 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

BIARLAH USTAZ LIM, BUAT APA KACAU TUGAS POLIS, TANGKAP MEREKA BAGI MALAYSIA AMAN TAK ADA KACAU BILAU. AWAK PUN PATUT KENA TANGKAP SEBAB DI PERMATANG PAUH AWAK KATA "SPR INGAT MALAYSIA BAPAK DIA PUNYA"

Beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 Sept ini, tarikh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

INI BARU PAK LAH TUNJUK KUKU DIA SIKIT. DULU BILA PAK LAH BERLEMBUT, AWAK SEMUA PIJAK KEPALA DIA. 916 TAKUT APA. KALAU ADA RAMPASAN KUASA "ANWAR KATA PERALIHAN KUASA" SEBENAR NYA RAMPASAN KUASA, " KALAU ANWAR TAK ADA KES MAHKAMAH ELOK JUGA DIA DI BAWA KE KAMUNTING JUGA SEBAB MENGELIRUKAN RAKYAT SECARA HALUS DAN PUTAR BELIT'


"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

PEMBERITA TERSEBUT SEPATUTNYA MELAPOR DAN MENULIS SESUATU YANG TIDAK MEMPROVOKASI KAN SUASANA DAN SENSASI RAKYAT. KITA MESTI JAGA KEAMANAN 27 JUTA RAKYAT BUKAN SEORANG PENULIS PERKAUMAN. BIARLAH DIA DI TAHAN SUPAYA DIA SEDAR AKAN KEPENTINGAN ERTI HIDUP AMAN DAMAI.

Sehubungan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut pada mesyuarat parti hari ini di Kuala Lumpur.

Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.

BETUL KAH MCA DAN GERAKAN BUAT PROTES ? INI KEPIMPINAN MEREKA KENA AMBIL TINDAKANLAH. KALAU DATUK AHMAD DI MINTA SUPAYA DI AMBIL TINDAKAN MAKA MEREKA YANG HADIR DAN MENYALAKAN LILIN PUN PATUT DI TAHAN JUGA.

Mereka berkumpul sejak pukul 9.30 malam sebaik sahaja mengetahui mengenai penahanan Tan oleh polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

KALAU YANG KENA TAHAN TU ORANG MELAYU DAN AHLI UMNO ADAKAH GERAKAN DAN MCA AKAN BERKUMPUL SEBEGITU? PERHIMPUNAN SEBEGINI JELAS MENUNJUKKAN PERKAUMAN.

Beberapa pemimpin PAS juga dilihat berada di kawasan itu.

PAS TU UMPAMA LALANG. MANA ANGIN BERTIUP KENCANG DI SITULAH DIA MELIUT.


Keadaan di situ terkawal dan anggota polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat turut berada di bahagian dalam IPK untuk mengawal keadaan.

KESIMPULAN ; JELAS MENUNJUKKAN LIM GUAN ENG HANYA MEMBELA TERESA POK DAN TAN HOON CHENG SAHAJA. TANPA MENYEBUT RPK. KALAU RAJA PETRA SAHAJA DI TAHAN LIM GUAN ENG DAN SEBAHAGIAN PENYOKONG TERMASUK MCA DAN GERAKAN TAK AKAN BERKUMPUL DAN BUAT PROTES BAKAR LILIN.

WAHAI PEMIMPIN PAS , KALAU DALAM SEHARI DUA INI ADA ORANG PAS KENA TAHAN , CUBA LIHAT ADA TAK LIM GUAN ENG AKAN BUAT PROTES MACAM TU? TAK MUNGKIN DIA AKAN PROTES PERCAYALAH POLIS SUDAH MEMPUNYAI ALASAN KUKUH UNTUK MENAHAN MEREKA. MALAYSIA KINA BERKATA IA ADA KAITAN DENGAN 916 SAMA SEPERTI OPERASI LALANG KERANA KRISIS POLITIK UMNO.

KALAU MEREKA TERUS MENUANGKAN API PERKAUMAN DAN MENGHURU-HARAKAN NEGARA LEBIH BAIK MEREKA DI TAHAN.

SAYA YAKIN RAMAI RAKYAT MELAYSIA BERSETUJU DENGAN PENAHANAN INI. TETAPI KALAU TANYA PUAK PEMBANGKANG, MEREKA TENTU TAK BERSETUJU.

-- BERNAMA