Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memohon dan kepada-Nya kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan sesat. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang maha esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 102)
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (Surah an-Nisaa’, 4: 1)
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzaab, 33: 70-71)
“Sesungguhnya, sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shalallahu ‘alaihi wa Sallam). Manakala seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Mungkin persoalan dan perbahasan berkenaan demokrasi ini adalah sebuah persoalan dan perbincangan yang agak kontroversi, memiliki pro dan kontra, menyentuh sensitiviti pihak-pihak tertentu, terutamanya bagi mereka yang mendokong baik perjuangan dan ideologi demokrasi tersebut.
Hakikatnya, tulisan ini bukanlah untuk ditujukan kepada mana-mana individu atau pihak-pihak tertentu, ia adalah sebagai satu tanggungjawab dan sebuah penulisan di atas penelitian penulis bagi tujuan memenuhi permintaan mereka yang mahu mengetahui serta memahami persoalan demokrasi dari perspektif Islam yang sebenar.
Semoga penulisan ini mampu memberi sedikit sebanyak gambaran berkaitan demokrasi dari sudut pandang Islam kepada mereka yang memerlukan. Sekaligus mampu membantu memberi sumbangan dalam pembaikan terhadap kepelbagaian kecelaruan dan haru-biru yang berlaku terhadap ummah (masyarakat) masa ini.
1 - Memahami Demokrasi Dari Perspektifnya
Demokrasi adalah suatu bentuk sistem pentadbiran di mana kebebasan berpolitik dikuasai oleh rakyat dan digerakkan oleh rakyat. Pada zaman kini, ia juga turut digunakan di bawah sistem perlembagaan republik yang mana masyarakat memiliki suara melalui wakil yang dipilih. Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” (Rujuk: Demokratia, Henry George Liddell, Robert Scott, “A Greek-English Lexicon”, at Perseus, http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Perseus%3Atext%3A1999.04.0057%3Aentry%3D%2324422) yang mana terbina daripada perkataan δήμος (dēmos), yang merujuk kepada “masyarakat/rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi di dalam sistem pentadbiran Greek. Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk. (Rujuk: BBC History of democracy, http://www.bbc.co.uk/history/ancient/greeks/greekdemocracy_01.shtml)
Demokrasi mula diasaskan dari falsafah Greece kuno. (Rujuk: John Dunn, Democracy: the unfinished journey 508 BC - 1993 AD, Oxford University Press, 1994. & Kurt A. Raaflaub, Josiah Ober, Robert W. Wallace, Origin of Democracy in Ancient Greece, University of California Press, 2007)
Walaupun begitu, bangsa dan wilayah selain mereka juga turut terlibat di dalam proses perubahan (evolusi) pembinaan sebuah sistem demokasi di masa-masa selepasnya seperti yang berlaku di dalam Empayar Rome kuno, Eropah, serta America Selatan dan Utara. (Rujuk: John Dunn, Democracy: the unfinished journey 508 BC - 1993 AD, Oxford University Press, 1994. & Weatherford, J. McIver (1988). Indian givers: how the Indians of the America transformed the world. New York: Fawcett Columbine, 117 - 150).
Berdasarkan teori (pengertian) politik, demokrasi adalah satu juzuk perundangan dalam sesebuah pentadbiran dan juga merupakan sebuah kerangka yang membentuk suatu sistem politik tertentu. (Rujuk: Liberty and justice for some, http://www.economist.com/markets/rankings/displaystory.cfm?story_id=8908438)
Demokrasi terbina daripada dua prinsip utama, di mana yang pertama adalah setiap individu di dalam sesebuah masyarakat memiliki akses (hak) yang sama dalam melahirkan suara/pendapat. Dan yang kedua, setiap individu berpuas hati dengan hak yang dimiliki secara bersama (adil) di atas prinsip kebebasan dan kemerdekaan. (Rujuk: R. Alan Dahl, I. Shapiro, J. A. Cheibub, The Democracy Sourcebook, MIT Press 2003, M. Hénaff, T. B. Strong, Public Space and Democracy, University of Minnesota Press)
Pada masa ini, sistem demokrasi ini telah banyak berevolusi dan dilakukan penambah baikan (berbanding masa-masa sebelumnya) yang mana akhirnya melahirkan pelbagai versi demokrasi yang mana sebahagiannya memberikan gambaran (perlaksanaan politic) yang lebih baik dan bebas untuk rakyatnya (serta mereka yang terlibat) berbanding versi-versi yang lain. (Rujuk: G. F. Gaus, C. Kukathas, Handbook of Political Theory, SAGE, 2004, p. 143-145, The Judge in a Democracy, Princeton University Press, 2006, m/s. 26)
Walau bagaimana pun jika sekiranya demokrasi ini tidak digubal dengan teliti dan berhati-hati bagi mencegah ketidak-adilan penguasaan berpolitik dengan seimbang di dalam pembahagian kuasa, maka melalui sistem demokrasi itu sendiri ianya mampu melahirkan (mengumpulkan/membentuk) suatu kuasa yang berupaya untuk mengganggu-gugat sistem demorkasi itu sendiri. (Rujuk: A. Barak, The Judge in a Democracy, Princeton University Press, 2006, m/s. 40)
Secara keseluruhannya, setiap perundangan (ciri-ciri) di dalam setiap versi demokrasi yang wujud, ianya dapat dijelaskan melalui karakteristik dan sifat sistem itu sendiri. Akan tetapi, tanpa kewujudan proses pentadbiran yang bertanggungjawab, adalah suatu yang tidak mustahil bagi mereka yang berada dalam kelompok minority untuk menjadi mangsa (ditindas) oleh kelompok majoriti yang zalim. Apa yang penting dan menjadi aspek utama di dalam sistem demokrasi ini adalah suara setiap pihak diutarakan melalui perwakilan yang dipilih dari pilihanraya yang dijalankan dengan adil dan saksama (iaitu setiap rakyat memiliki hak yang sama dalam bersuara, mendapatkan peluang yang wujud, dan hak pembinaan sesebuah pentadbiran atau seumpamanya). Seterusnya, melalui sistem demokrasi ini setiap mereka memiliki kebebasan dalam melahirkan/memberikan idea bagi sesebuah pentadbiran, kebebasan bersuara, dan kebebasan untuk mendapatkan (atau membuat) liputan media agar setiap individu mendapat maklumat yang jelas. (Rujuk: A. Barak,The Judge in a Democracy, Princeton University Press, 2006, m/s. 27)
Bagi sesebuah sistem demokrasi, kedaulatan prinsip-prinsip di dalam perlembagaan adalah suatu yang penting sebagai asas pembinaan dan yang mengawal selia perlaksanaan sistem tersebut agar mampu berjalan dengan lancar. Dalam sebahagian negara, demokrasi dibina berdasarkan prinsip “Hak sama rata”. Kebanyakan masyarakat menggunakan perkataan “demokrasi” sebagai suatu yang menjurus kepada liberal demokrasi, yang mana merujuk kepada penambahan beberapa elemen dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti pentadbiran pelbagai kaum (political pluralism), kesamaan sebelum perundangan, hak untuk mendapatkan pemilihan rasmi (pencalonan) bagi tujuan memperbaiki kelemahan tertentu, terlibat secara langsung dengan perubahan, kebebasan masyarakat awam, hak asasi manusia, dan keterlibatan masyarakat atau individu yang berada di luar pentadbiran (di luar kerajaan) terhadap pentadbiran. Di Amerika Syarikat, pembahagian dan pengasingan (monopoli) kuasa seringkali dikaitkan (dimaknakan) dengan tanda sokongan. Tetapi di sebahagian negara yang lain pula, seperti United kingdom, kuasa dominan adalah terletak di peringkat parlimen yang sentiasa bertindak sebagai penggubal perundangan secara adil.
Walau bagaimana pun, sehingga kini demokrasi masih menjadi suatu isu apabila masalah pembahagian kawasan berlaku, wujudnya kawasan yang memiliki perpindahan yang tinggi, dan negara yang terlibat dengan pengambilan atau kemasukan ramai rakyat asing.
2 - Tauhid (Aqidah Yang Murni) Sebagai Asas Pembinaan Seorang Muslim
Tauhid adalah merupakan persoalan asas dari dakwah setiap para rasul, kerana ia adalah asas dan dasar perlaksanaan segala amalan. Tanpa ditegakkan tauhid, apa jua bentuk amal ibadah yang dilakukan tidak akan diterima. Jika andainya tauhid tidak wujud, maka akan wujudlah lawannya, iaitu kesyirikan. Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah an-Nisa’, 4: 48)
Tujuan manusia diciptakan secara dasarnya adalah bagi tujuan memperhambakan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, 51: 56)
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, dari Ali bin Abi Talhah menyatakan bahawa Abdullah Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan ayat tersebut dengan katanya, “Ayat ini bererti menunjukkan atau memperuntukkan bahawa beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala hanya secara khusus dan tersendiri semata-mata kerana Allah (li yu Wahidun) sama ada dia rela atau sebaliknya.”
“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut…”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)
“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (simpulan) tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, 2: 256)
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 65)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menyatakan berkenaan ayat ini,
Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan diri-Nya yang Maha Mulia, bahawa seseorang tidak beriman sehingga dia berhukum kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam setiap perkara. Hukum apa yang beliau putuskan, itulah kebenaran yang wajib untuk dipatuhi secara bersungguh-sungguh, zahir dan batin. (Shahih Tafsir Ibnu katsir, Terbitan Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), Cet. pertama September 2007M, jil. 2, m/s. 572)
Menurut Sheikh Dr. Soleh Fauzan di dalam Kitab Tauhidnya,
Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir. (Dr. Soleh Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, Kitab Tauhid, Terbitan Darul Haq (Jakarta), Cet. 13 Mac 2006M, jil. 1, m/s. 69)
3 - Memahami Demokrasi Dan Undian dalam Pilihanraya
Pengertian Demokrasi Di Sisi Syariat?
1 – Perkataan “Demokrasi” bukanlah berasal dari bahasa arab
2 - Tidak ada pengertian secara bahasa (Arab)
3 – Bukan juga istilah dalam syari’ah
4 - Istilah yang tidak pernah diguna pakai pada masa Sahabat radhiyallahu ‘anhum.
5 - Istilah yang tidak pernah digunakan secara politik oleh orang-orang Arab.
Memahami Asal-Usul Demokrasi
Orang yang pertama kali mengungkapkan teori demokrasi adalah Plato. Menurut Plato, sumber kekuasaan adalah keinginan yang satu, bukan majmuk. (Rujuk: Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Imam, Menggugat Demokrasi & Pemilu, Darul Hadits (Depok), Cet. 3, 2004M, m/s. 33)
Demokrasi menurut tulisan Robert A. Dahl ialah “Sistem politik yang memberi kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka”. (Rujuk: Muhammad Qutb, Mazahib Fikriyah Mu’assirah, Dar as-Syuruq, jil. 1, 1984, m/s. 178)
Masyarakat yang mula-mula mengasaskan sistem demokrasi adalah masyarakat Greek (Yunan) di Kota Athens. (Rujuk: Muhammad Qutb, Mazahib Fikriyah Mu’assirah, Dar as-Syuruq, jil. 1, 1984, m/s. 191)

Walaupun begitu, bangsa dan wilayah selain mereka juga turut terlibat di dalam proses perubahan (evolusi) pembinaan sebuah sistem demokasi di masa-masa selepasnya seperti yang berlaku di dalam Empayar Rome kuno, Eropah, serta America Selatan dan Utara. (Rujuk: John Dunn, Democracy: the unfinished journey 508 BC - 1993 AD, Oxford University Press, 1994. & Weatherford, J. McIver (1988). Indian givers: how the Indians of the America transformed the world. New York: Fawcett Columbine, 117 - 150)
Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” (Rujuk: Demokratia, Henry George Liddell, Robert Scott, “A Greek-English Lexicon”, at Perseus, http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Perseus%3Atext%3A1999.04.0057%3Aentry%3D%2324422) yang mana terbina daripada δήμος (dēmos), “masyarakat/rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi di dalam sistem pentadbiran Greek. Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk. (Rujuk: BBC History of democracy, http://www.bbc.co.uk/history/ancient/greeks/greekdemocracy_01.shtml)
Secara bahasa, pengertian demokrasi adalah “penetapan perundangan oleh perkumpulan manusia/rakyat”. Selanjutnya slogannya adalah: “Pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat”. Sumber mereka dalam penetapan perundangan (Hakimiyyah) adalah hak manusia (suara majoriti insan). Kemudiannya, tentu sekali manusia terbahagi menjadi dua kelompok asas iaitu ada yang baik dan yang jahat.
Pemerintahan dari rakyat = kekuatan pengubalan perundangan adalah dari kumpulan orang-orang yang terdiri dari para anggota parlimen atau wakil-wakil yang dipilih melalui pilihanraya. Suara rakyat memainkan peranan utama bagi meletakkan anggota parlimen tertentu.
Oleh rakyat = pemilihan anggota/wakil parlimen serta pemimpin dipilih oleh majoriti masyarakat (rakyat) melalui undi.
Untuk rakyat = wakil-wakil parlimen atau pemimpin yang dipilih oleh mereka akan mengatur masyarakat dengan apa yang telah ditetapkan (disepakati).
Pengertian Demokrasi
1 - Pemerintahan oleh rakyat yang dijalankan sama ada secara langsung atau dengan mengangkat para wakil-wakilnya.
2 – Perkumpulan manusia (suara rakyat) memainkan peranan dalam membina asas kekuatan dan kestabilan politik. Rombakan boleh berlaku dengan kesepakatan suara majoriti.
3 – Diatur (ditentukan) oleh kumpulan/suara majoriti dan wakil-wakil mereka.
Demokrasi dapat disimpulkan sebagai pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat dalam suatu masyarakat. Corak pemerintahan ini dianggap bertentangan dengan sistem totaliter, namun demikian sistem demokrasi yang benar-benar tulus tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya. (Rujuk: Robert A. Dahl, Modern Political Analysis, Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall, Edisi 3, 1979)
Tun Muhammad Salleh Abbas (bekas ketua Hakim negara malaysia) menulis: “Kerajaan yang bercorak demokrasi adalah kerajaan yang tertakluk kepada persetujuan rakyat dan menjalankan tugas-tugas politiknya untuk melaksanakan kehendak rakyat.” (Rujuk: K. Ramanathan, Konsep Asas Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1992, m/s. 29)
Bagi sesebuah sistem demokrasi, kedaulatan prinsip-prinsip di dalam perlembagaan adalah suatu yang penting sebagai asas pembinaan dan yang mengawal selia perlaksanaan sistem tersebut agar mampu berjalan dengan lancar. Dalam sebahagian negara, demokrasi dibina berdasarkan prinsip “Hak sama rata”. Kebanyakan masyarakat menggunakan perkataan “demokrasi” sebagai sesuatu yang menjurus kepada liberal demokrasi, yang mana merujuk kepada penambahan beberapa elemen dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti pentadbiran pelbagai kaum (political pluralism), kesamaan sebelum perundangan, hak untuk mendapatkan pemilihan rasmi (pencalonan) bagi tujuan memperbaiki kelemahan tertentu, terlibat secara langsung dengan perubahan, kebebasan masyarakat awam, hak asasi manusia, dan keterlibatan masyarakat atau individu yang berada di luar pentadbiran (di luar kerajaan) terhadap pentadbiran. Di Amerika Syarikat, pembahagian dan pengasingan (monopoli) kuasa seringkali dikaitkan (dimaknakan) dengan tanda sokongan. Tetapi di sebahagian negara yang lain pula, seperti United kingdom, kuasa dominan adalah terletak di peringkat parlimen atau pemimpin yang dipilih yang sentiasa bertindak sebagai penggubal perundangan secara adil.
Perkembangan Demokrasi
Revolusi Francis tercetus dengan slogannya yang terkenal, “Kebebasan, Persaudaraan, & Persamaan (Liberte, Egalite, Fraternite). Francis memasukkan demokrasi ke dalam undang-undang dasarnya di bawah kolum “Hak-hak asasi manusia” pada pasal ketiga, “Rakyat adalah sumber dan gudang kekuasaan. Setiap lembaga atau individu yang memegang kuasa, sebenarnya dia mengambil kekuasaan tersebut daripada rakyat.” Pasal ini dimasukkan kembali di dalam undang-undang dasar tahun 1791M. Di sini disebutkan bahawa tahta kepimpinan adalah milik rakyat. Sistem ini tidak mengakui model pembahagian kuasa, pengunduran diri, atau pun meraih kuasa dengan cara pemberontakan.
Kemudiannya, ideologi demokrasi ini turut dicantumkan (diterapkan) di dalam undang-undang dasar sebahagian negara Arab dan negara-negara Islam. Sebagai contoh, di Mesir ditetapkan di dalam undang-undang pertama tahun 1923 serta 1956. Dan pada tahun 1971 di dalam undang-undang tersebut terdapat teks yang menyebutkan antara lain bahawa: “Kepimpinan adalah milik rakyat dan rakyat adalah sumber kekuasaan menurut cara yang dijelaskan di dalam undang-undang.”b Pasal ini terdapat dalam undang-undang di hampir kesemua negara Arab dan negara Islam. Pasal seperti ini juga termaktub di dalam undang-undang Yaman (negara penulis). Sebagai contoh di dalam pasal empat disebutkan, “Rakyat adalah pemilik dan sumber kekuasaan. Kekuasaan itu boleh diperolehi secara langsung dengan cara pungutan suara atau melalui pemilihan umum. Demiian juga halnya dengan mencabut (menggugurkan) kuasa itu dapat dilakukan secara tidak langsung melalui lembaga legislatif (dewan rakyat), parlimen, dan eksekutif serta melalui majlis-majlis perwakilan yang dipilih.” (Rujuk: Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Imam, Menggugat Demokrasi & Pemilu, Darul Hadits (Depok), Cet. 3, 2004M, m/s. 33-34)
Akhirnya, terjadilah di mana persoalan pengaturan kehidupan manusia ini diletakkan di atas kerangka pemikiran dan ideologi masing-masing berdasarkan kekuatan majoriti. Dengan itu, prinsip-prinsip yang bersumberkan wahyu ditinggalkan sedikit-demi sedikit. Jika kita melihat kepada masyarakat demokratik barat, mereka begitu kuat dan gigih dalam usaha mempertahankan prinsip-prinsip seperti kebebasan, liberalisme dan sekularisme. Akhirnya mereka akan dibentuk agar menerima suatu corak kerangka idea (pemikiran) bahawa Tuhan hanyalah sekadar sebagai pencipta tetapi bukan sebagai yang memberikan perintah (yang menetapkan syari’at) serta perundangan atau sistem hidup.
Berkenaan persoalan seperti ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman,
”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah (menetapkan hukum) hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”(al-A’raf, 7: 54)
Masyarakat yang mengambil sistem demokrasi, secara umumnya mereka akan memiliki dasar-dasar asas sebagaimana berikut:
1 - Kuasa penggubalan undang-undang = Keupayaan untuk menggubal, menyusun, atau mengubah hukum terletak kepada wakil, anggota kabinet atau anggota parlimen berpandukan peratusan majoriti tertentu (suara majoriti).
2 - Kuasa eksekutif = perlaksanaan, pentadbiran luar negeri, dalam negeri, pendidikan dan sebagainya.
3 - Kuasa Penghakiman = menghakimi kes-kes dan membolehkannya selama berdasarkan pada hukum yang telah ditetapkan (perlembagaan).
Demokrasi dibentuk antaranya adalah bagi melahirkan pentadbiran berdasarkan kehendak rakyat dan menepati kehendak (kepuasan) rakyat. Ia juga bertujuan memperjuangkan hak-hak kebebasan dalam sebuah kelompok masyarakat.

Perlembagaan
Secara umumnya, perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau perundangan sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa di antara perlbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan Bagi sesebuah negara moden yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. (Rujuk: Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Cet. Kedua 2008, m/s. 92)
Namun, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)
Begitulah asas-asas utama di dalam Islam, segala permasalahan dikembalikan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama menetapkankan dan menyelesaikan sesuatu persoalan. Agama islam ini juga adalah suatu agama (dien) yang telah sedia sempurna sebagai nikmat dan petunjuk buat setiap umat Islam. Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Parlimen
Kewujudan Parlimen adalah untuk bertindak sebagai penggubal undang-undang, terutamanya bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berkiblatkan British. Secara asasnya, parlimen memberi maksud sebuah syarahan, perbahasan/perbincangan, perhimpunan di mana anggota-anggota (wakil-wakil) yang terlibat di dalamnya memperkatakan persoalan-persoalan tertentu sebelum sesuatu perkara seterusnya diputuskan.
Parlimen berasal dari negara yang berhukum dengan rakyat (suara majoriti). Namun, disebabkan kesemua individu tidak dapat untuk melibatkan diri dalam proses tersebut secara langsung untuk satu-satu masa, maka mereka memilih perwakilan yang disebut sebagai anggota dewan (atau wakil rakyat, wakil parlimen, atau semaksud dengannya) untuk melaksanakan tujuan politik (pentadbiran).
Parlimen Legislatif (Penggubal Undang-undang)
1 – Membuat, menggubal dan mensahkan suatu perundangan yang telah disepakati.
2 - Memberikan pemerintah suara (kuasa) berdasarkan kepercayaan atau ketidakpercayaan.
Pada ketika ini (zaman ini), parlimen bertindak sebagai tempat membincangkan dan membahaskan dasar-dasar pembinaan perundangan bagi sesebuah negara atau masyarakat. Undang-undang yang digubal adalah bergantung kepada suara majoriti (persetujuan/kesepakatan ahli) tanpa mengambil kira sama ada ianya bertepatan dengan syari’at Allah atau pun tidak. Setiap pihak yang memilih wakil parlimen perlu bersetuju dengan perlembagaan (terma) yang diguna-pakai. Manakala mereka yang menjadi ahli parlimen perlu mengangkat sumpah sebagai tanda persetujuan menegakkan setiap perundangan di bawah dasar-dasar perlembagaan. Maka dengan ini apabila mereka menyertai demokrasi, ini menandakan persetujuan mereka terhadap perjalanan sistem tersebut dan mereka perlu bersetuju bahawa dalam sistem tersebut setiap penggubalan (penetapan) perundangan adalah berdasarkan suara majoriti. Maka mereka perlu redha dan membantu perlaksanaan setiap undang-undang yang digubal walau bukan dengan persetujuan mereka. Di samping itu, mereka juga perlu bersetuju dengan sistem tersebut bagi membolehkan penyertaan mereka. Apabila mereka menyertainya dan mengambil peranan, bermakna mereka telah bersetuju dengan corak sistem perundangan demokrasi yang berlangsung walaupun sebagai umat Islam, kita sedia mengetahui bahawa sebenarnya sistem tersebut melampaui batas-batas syari’at.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah an-Nisaa’, 4: 48)
”Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”(Surah at-Taubah, 9: 31)
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang yang beriman, Kami biarkan ia bergelumang terhadap kesesatan yang telah dikerjakannya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-Nisaa’, 4: 115)
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa saja yang melakukan perbuatan yang bukan berasal dari ajaranku (Islam) maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika parlimen adalah suatu sistem yang haram dan mengarah kepada syirik, maka begitu juga dengan persoalan untuk menjadi calonnya, begitu juga dengan memberikan suara kepada calon yang bertanding tersebut.
“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Surah al-Ma’idah, 5: 2)
Beberapa perkara yang perlu kita fahami dan ketahui bahawa,
Haq membuat hukum-hukum syari’at adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala semata.
”Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan (menetapkan hukum) hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Yusuf, 12: 40)
Tidak ada seorang pun yang boleh mengatakan yang bersifat menetapkan,
“Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisab-Nya.” (Surah ar-Ra’ad, 13: 41)
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan sesat yang nyata.”(Surah al-Ahzab, 33: 36)
4 - Berhukum Dengan Suara Majoriti Bukanlah Suatu Kebenaran
“Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)
“Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya.” (Surah Yusuf, 12: 103)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan kaum Muslimin dengan Islam sebagai satu-satunya jalan hidup,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Allah Subhanahu wa Ta’ala menghukumi orang-orang yang memilih jalan hidup lain selain dari jalan Islam di dalam firman-Nya yang berikut ini,
“Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imaran, 3: 85)
”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.”(Surah asy-Syura, 42: 21)
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 60)
Dalam persoalan ini, ummat Islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116)
5 - Setiap Individu Akan Dihitung (Amalnya)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menyoal mereka semua tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu.” (Surah al-Hijr, 15: 92-93)
Memilih (anggota dewan) yang mendukung sistem demokrasi, mencalonkan diri sendiri untuk memimpin, mempromosi (mengangkat) diri sendiri dan kelompok (parti) sendiri, mencari-cari keburukan pihak yang tidak sehaluan, membolehkan wanita turut terpilih, dan juga memecah-belahkan kesatuan umat Islam, adalah suatu perbuatan yang sebenarnya memiliki pelbagai kesalahan dan penyimpangan menurut timbangan syari’at,
”Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar).” (Surah al-Ma’idah 5: 44)
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6 - Menyangkal Syubhat-syubhat Di Dalam Demokrasi
Menyangkal Hujjah Bolehnya Demokrasi
Terdapat dari sebahagian kelompok manusia yang cuba menghalalkan sistem demokrasi. Mereka berhujjahkan antaranya yang pertama dengan kisah Yusuf ‘alaihis Salam.
Mereka mendakwa bahawa Nabi Yusuf ‘alaihis Salam bekerja sebagai pembesar raja Aziz di Mesir. Mereka mengeluarkan pendapat bahawa Nabi Yusuf ‘alaihis Salam turut menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Maka, perlu kita fahami di sini bahawa Nabi Yusuf ‘alaihis Salam:
1 - Beliau tidak bekerja di dalam bahagian legislatif (penggubalan hukum), tetapi dalam eksekutif (perbendaharaan/ekonomi).
2 - Beliau berkata “soal menetapkan hukum hanyalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala” (Innil Hukmu illa lillah) – (Rujuk: Surah Yusuf, 12: 40), malahan beliau berpegang dengannya dari saat ketika dia berada dalam tahanan lagi.
3 – Jawatan yang diberikan kepada Yusuf adalah pemberian dari Allah (Rujuk: Surah Yusuf, 12: 56). Dia dilantik oleh Raja Mesir (Rujuk: Surah Yusuf, 12: 54). Dan bukanlah menurut hawa nafsunya. Dan apabila dia diminta Raja Mesir menjadi pembesar, maka Yusuf ‘alaihis Salam menyatakan dia lebih sesuai untuk menguruskan perbendaharaan Mesir (Rujuk: Surah Yusuf, 12: 55). Ini adalah sebagai pengkhususan jawatan yang lebih sesuai dengannya selepas diberikan tawaran sekaligus mengelakkan dari mengawal selia sesuatu yang bukan dari urusannya (di luar kelayakkannya).
4 – Yusuf ‘alaihis Salam tidak menghukumi saudaranya berdasarkan undang-undang raja (Rujuk: Surah Yusuf, 12: 76).
5 – Nabi Yusuf terhindar dari tekanan Raja Mesir dan dia dapat melaksanakan agamanya dengan baik. Jika dibandingkan dengan mereka yang berada di dalam sistem demokrasi, adakah mereka dapat berbuat sedemikian?
6 – Ketika Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ditawarkan suatu jawatan oleh Umar radhiyallahu ‘anhu yang mana menurut Umar, “Adakah engkau tidak suka tawaran ini, padahal orang yang lebih baik daripadamu menerima tawaran seperti ini, iaitu Yusuf ‘alaihis Salam.” Beliau (Abu Hurairah) lantas menolak tawaran tersebut dengan katanya, “Yusuf adalah seorang Nabi, putera nabi, dan juga cucu seorang nabi. Sedangkan aku hanyalah Abu Hurairah, putera Umaimah. Aku takut terhadap tiga kesulitan sebagai akibat dari dua perkara.” Tiga perkara tersebut adalah beliau takut apabila berkata tanpa ilmu, memutuskan perkara tanpa belas kasihan dan akhirnya dia akan dipukul, hartanya dirampas, serta kehormatannya dicemarkan. (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad di dalam Thabaqat al-Kubra, 4/335) Di sini menjelaskan bahawa Yusuf adalah seorang Nabi yang sentiasa dijaga dan mendapat petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rujuk juga Surah Yusuf, 12: ayat 56.
Sebahagian mereka juga menggunakan hujah bahawa Raja Najasyi yang memerintah Habsyah tanpa melaksanakan syari’at atas sebab keterpaksaan. Maka, alasan mereka itu dapat dijawab secara ringkas sebagaimana berikut,
1 – Raja Najasyi telah memeluk Islam sebelum kematiannya.
2 - Syari’at masih belum lengkap pada ketika itu.
3 – Kita masih mempunyai pilihan untuk meninggalkan demokrasi dan melaksanakan Islam tanpa bergantung (mengikat) kepada sistem tersebut.
4 – Raja Najasyi telah pun menjadi raja (pemimpin) sebelum memeluk Islam lagi dan telah pun mendapat kepercayaan.
Berhujjah Dengan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah Untuk bersekongkol Dengan Kafirun
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah berkompromi (atau meredhai) dengan rejim dan sistem yang kufur, tetapi sebagai pemimpin Negara Islam beliau berunding sebelum gencatan senjata berlaku dan bagi tujuan keamanan di antara dua kawasan dan dua kumpulan. Beliau juga tidak berkompromi dan tidak masuk campur dengan pemilihan ketua-ketua puak dan kabilah dari pelbagai jenis aliran.
Kaum kuffar membuat sebuah perjanjian untuk menghentikan peperangan pada ketika musim Haji dan memerhatikan para Jamaa’ah Haji, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menyetujui cadangan tersebut, tetapi tidak pernah terlibat dan terikat dengan urusan kerja yang dilakukan oleh kaum kuffar tersebut.
Mengambil sedikit manfaat dari demokrasi
Islam membolehkan menggunakan asas manfaat tetapi hanya di dalam perkara-perkara yang mubah (perlu dan tidak membawa dosa) saja.
Jika kita perhatikan sebagai contoh persoalan “Mana yang lebih buruk, dalam perkara membunuh bayi, memperkosa atau meminun khamr”. Maka kita katakan bahawa, Khamar adalah induk dari semua kejahatan. Dan tetap perlu meninggalkan yang selainnya. Dan bukannya memilih salah satu yang paling kurang dosanya (mudharatnya) atas alasan yang sebenarnya tidak relevan di mana mereka masih memiliki banyak jalan keluar yang lain.
Mencegah Kemungkaran Yang Berlaku Di Depan Mata
Di dalam persoalan demokrasi juga, kita tidak boleh hanya berdiam diri di kala kemungkaran sentiasa berlaku di persekitaran kita di dalam sistem tersebut. Ia adalah sebagaimana yang kita sebutkan dari awal artikel tadi. Apakah kita telah bertindak mencegahnya atau hanya mendiamkan diri sebagai tanda redha dan demi kelangsungan kita bersama-sama sistem yang mungkar tersebut?
Perlu Memenuhi perjanjian
Hanya jika itu tidak berlawanan dengan Syari’at atau agama.
Sebagai Rakyat, Kita Mesti Melaksanakan Kepentingan umum
Melaksanakan kepentingan umum adalah dibolehkan, namun hanyalah jika ianya tidak berlawanan dengan syari’at. Ada pun di dalam soal yang bercanggah dengan syari’at, maka ianya perlu ditinggalkan. Berbeza dengan sistem demokrasi. Mereka yang masuk ke dalamnya, mahu tidak mahu, mereka akan tetap bersekongkol melaksanakan perundangan yang telah disepakati biarpun ia tidak menepati syari’at.
7 - Syubhat-syubhat Demokrasi Yang Merosakkan Umat Islam
Mempromosi dan Mengangkat (Memuji) Diri Serta Merendah-rendahkan Orang Lain
Perkara ini pada asalnya adalah tidak dibenarkan (haram). Seseorang adalah dituntut agar sentiasa merendah diri, tidak menonjolkan diri, atau membanggakan diri.
“(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, 53: 32)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Di samping mengangkat kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri sendiri, mereka pula saling tidak senang jika tidak memburuk-burukkan kelompok yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini dilakukan antaranya adalah supaya pihak lawannya tewas dan tidak menang dalam pemilihan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujuraat, 49: 11)
Setelah melakukan penghinaan dan perendahan terhadap kelompok-kelompok lainnya yang tidak sehaluan, sebahagian mereka juga ada yang menebar fitnah dan prasangka-prasangka yang belum tentu kepastiannya. Malah, mereka juga saling memburuk-burukkan sesama mereka. Dalam persoalan ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, 49: 12)
Mentaati Perundangan Kufur
Apabila memilih menceburi sistem demokrasi, mereka mesti berhadapan dan tunduk dengan pelbagai sistem perundangan kufur malah perlembagaan. Mereka juga tidak dapat tidak perlu merestui dan memperjuangkan sistem yang sedia ada berserta keputusan yang dibuat atas kesepakatan suara. Pada akhir-akhir ini juga telah kedengaran betapa terdapat kelompok-kelompok yang melabelkan diri sebagai “Parti memperjuangkan Islam” tertentu yang kononnya cuba memperjuangkan sistem demokrasi yang telus dan agar perlembagaan dilaksanakan dengan bersih. Apakah motif perkataan mereka? Apakah mereka mahukan (mengharapkan) sesuatu yang bersih dari sesuatu yang sebenarnya memiliki dasar yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam itu sendiri?

”Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (al-Ahzab, 33: 1)
”Maka Allah akan memberi keputusan (pengadilan) di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (an-Nisaa’, 4: 141)
Demokrasi Membenarkan Mengkritik Pemerintah Secara Terbuka
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, mereka membenarkan sama ada rakyat atau pihak pembangkang melakukan kritikan dan teguran secara terbuka sama ada melalui media-media umum, syarahan-syarahan terbuka, persidangan dewan parlimen, dan seumpamanya. Malahan sehingga bukan setakat kritikan dan teguran terbuka, makian, cercaan, dan ejekan-ejekan pun turut dilakukan terhadap pihak pemerintah. Lebih parah lagi, rahsia-rahsia pihak pemerintah disebarkan melalui risalah-risalah tertentu ke segenap tempat. Sebenarnya hal tersebut banyak membawa kepada keburukan di ketika mana keadaan masyarakat itu sendiri yang tidak ditarbiyah dengan agama serta ilmu yang benar boleh mengakibatkan perasaan kebencian kepada pemerintah. Sekaligus mampu membangkitkan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti pemberontakan dan perpecahan. Lebih teruk lagi apabila perkara yang tidak tentu kebenarannya berkenaan pemerintah disebar-luaskan ke dada-dada media dan ruang informasi seperti akhbar dan internet. Akibatnya adalah amat buruk sekali.
Sedangkan berdasarkan Islam, melakukan kritikan dan teguran terbuka, apatah lagi melakukan cacian, penghinaan dan cercaan kepada pihak pemerintah adalah merupakan suatu bentuk perbuatan yang mungkar dan amat-amat dilarang oleh Islam.

“Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertaqwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq Dr. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)
Perlu kita fahami menasihati pihak pemerintah adalah tidak sama sebagaimana menasihati orang lain. Perkara ini adalah berbentuk khusus sebagaimana berdasarkan hadis berikut,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290 dan hadis ini turut disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dhilalil Jannah hal. 507)
Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawasanya Usamah bin Zaid pernah ditanya:
“Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahsia.” (Diriwayatkan oleh Bukhari 6/330, al-Fath 13/48, Muslim 4/2290)
Prinsip Islam di dalam persoalan ini adalah berusaha mengumpulkan hati manusia agar mencintai pihak pemerintah, iaitu menyebarkan rasa cinta di antara rakyat dengan pihak pemerintah, mengajak rakyat agar bersabar atas keburukan pihak pemerintah, sama ada terhadap tindakannya yang memonopoli terhadap harta, perlakuan zalimnya dan lain-lain. Istiqamah menasihati pihak pemerintah dengan rahsia (bukan secara terbuka), memperingatkan pihak pemerintah dari kemungkaran secara umum tanpa menyebutkan individu dan nama orangnya, iaitu sebagaimana memperingatkan bahaya zina secara umum, riba secara umum, bahaya rasuah (penyelwengan) secara umum dan yang seumpamanya. (Abdus Salam Barjis, Muamalatul Hukkam Fi Dhauil Kitabi wa as-Sunnah, hal. 111)
Memilih Pemimpin Dari Kalangan Bukan Islam Atas Alasan Memperkuatkan Parti (Jama’ah)
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan adalah kepunyaan Allah.” (an-Nisaa’, 4: 138-139)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (al-Ma’idah, 5: 51)
Mengambil Pemimpin Dari Orang Yang Mempersendakan Agama
Allah berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antaranya orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” (al-Ma’idah, 5: 57)
Namun, pada ketika ini betapa begitu ramainya perkumpulan manusia yang pada asasnya bertunjangkan ideologi kepentingan peribadi dan parti masing-masing mereka mempergunakan agama demi mempromosi dan menampakkan seakan-akan merekalah yang terbaik, paling taat, dan paling layak untuk dinobatkan sebagai pemimpin. Maka, pada masa itulah, agama diolah mengikut citarasa mereka, manakala dalil-dalil agama diambil mengikut keperluan kepentingan mereka dan demi kelangsungan survival politik masing-masing. Ini berlaku tidak kira sama ada di dalam kelompok parti yang memang tidak bertunjangkan Islam, mahu pun mereka yang mendakwa bahawa mereka membawa parti yang berasaskan Islam. Lebih parah lagi, kebanyakan parti yang bertopengkan “perjuangan Islam” itu sendiri sebenarnya hanya membawa agama plastik yang mana hakikat konsep parti mereka dipenuhi dengan bid’ah (amalan-amalan yang menyimpang dari agama sebenar) dan jauh dari pembangunan nilai-nilai ilmu yang sahih. Sungguh mengejutkan lagi, apabila kaum kuffar juga sudah mula menggunakan nama dan sentimen Islam demi mempromosi diri dan mengambil hati masyarakat beragama Islam. Maka, sewajarnyalah kita melihat kembali kepada ayat-ayat Allah yang melarang keras mempergunakan dan mempersenda-sendakan agama. Apatah lagi demi kepentingan yang bukan selayaknya dan jauh dari asas tujuan mentauhidkan Allah. Sewajarnya kita tinggalkan dan berlepas diri dari mereka yang bersikap sedemian rupa.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),
“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (al-An’am, 6: 70)
Manakala melalui beberapa hadis Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda mengenai meminta jawatan yang antaranya,

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
8 - Adakah Kuasa Mampu Mengubah segalanya?
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam mula berdakwah secara terang-terangan, ramai manusia yang mulai memasuki Islam. Maka ketika itu, kaum Quraisy pun menjadi tidak senang lalu mengutus ‘Utbah bin Rabi’ah untuk memujuknya. ‘Utbah bin Rabi’ah berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam,
“Jika engkau mahu kedudukan, maka kami akan menjadikanmu sebagai tuan kami, sehingga kami tidak akan memutuskan suatu perkara tanpamu. Jika engkau mahu kerajaan, maka kamu akan menjadikanmu sebagai raja kami.” (Hadis Riwayat Muslim)
Walaupun begitu keadaan tawaran yang diberikan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau tetap menolaknya.
Seterusnya, berkenaan kisah Raja Najasyi (Ashama bin Bahr), Raja Habsyah yang memimpin kaum Nasrani di sana. Walaupun beliau telah memeluk Islam, dan berada di tampuk pemerintahan, namun dia tetap tidak berupaya untuk mengubah keadaan masyarakatnya dengan kuasa yang dimilikinya.
9 - Sistem Syura Sebagai Penganti Demokrasi
Islam adalah aqidah dan perundangan bagi menjadi petunjuk dan mengatur kehidupan manusia menjadi sempurna. Islam datang melalui wahyu melalui Nabi-Nya yang diutus bagi menunjuk ajar manusia corak kehidupan berTuhan dan agar kita sentiasa berada dalam lingkungan jalan yang selamat. Agama Islam telah sempurna malah menjelaskan segala macam persoalan yang diperlukan manusia termasuklah dalam persoalan politik yang meliputi perundangan/pentadbiran sesebuah masyarakat atau negara, ekonomi, sosial, perhubungan serta kemasyarakatan.

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3)
Imam Ibnu Katsir menyebut berkenaan ayat ini (maksudnya),
“Ini adalah nikmat Allah yang terbesar yang diberikan kepada umat ini, di mana Allah menyempurnakan untuk mereka agama mereka sehingga mereka tidak perlu lagi kepada agama selainnya, dan tidak perlu kepada seorang Nabi pun selain Nabi mereka (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam). Kerana itu, Allah menjadikan Nabi mereka sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada manusia dan jin. Tiada kehalalan kecuali apa yang dihalalkannya, tiada keharaman kecuali apa yang diharamkannya, dan tiada agama kecuali apa yang disyari’atkannya. Segala yang disampaikannya adalah kebenaran dan kejujuran.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Cet. Pertama Oktober 2007 (Bogor), jilid 3, m/s. 26)
Dengan ini, demokrasi bukanlah suatu sistem yang bertunjangkan Islam malah bukan juga merupakan ideologi politik yang lengkap atau sempurna yang boleh dianggap suatu yang bersih lagi adil. Ia diasaskan oleh idea-idea falsafah dan pemikiran manusia yang memiliki banyak kelemahan. Malah, sistem demokrasi itu sendiri memiliki banyak versi dan corak perlaksanaannya agak berbeza-beza bagi setiap tempat atau negara. Ia juga sentiasa berevolusi dari masa ke semasa.
Berbeza dengan konsep Islam, ia adalah bertunjangkan agama yang tujuannya adalah kerana Allah. Konsep Islam adalah konsep mentauhidkan dan mengesakan Allah. Setiap asas perundangan dan peraturan kehidupan adalah diambil dari ketetapan yang telah ada di dalam agama dengan merujuk melalui Kitab-Nya atau Sunnah Rasul-Nya. Dengan menepati kehendak yang Maha Pencipta, maka barulah keadilan sejagat sebenarnya akan dapat dicapai. Kerana kita mengimani bahawa Dila yang Maha Mengatur dan maha mengetahui.
Di dalam Islam, soal pentadbiran, perundangan, dan kaedah memilih pemimpin adalah melalui suatu sistem yang dinamakan sebagai Majlis Syura. Ianya terbina di bawah pentadbiran Islam dan terdiri dari kalangan “Ahlul Hal wal Aqdi” iaitu para ulama dan ilmuan yang soleh, bijaksana, zuhud, adil lagi taat kepada Allah bersesuaian dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin masyarakat Islam yang bertanggungjawab dalam memutuskan sesuatu permasalahan dalam pentadbiran sesebuah masyarakat atau negara. Keadaan perbincangan di dalam Syura ini berlaku dalam keadaan ilmiyah, sopan, berakhlak, tenang, dan berpandukan fakta-fakta agama yang betul serta maklumat yang tepat.
Kaedah Syura amat berbeza sekali dengan perbahasan di dalam sistem demokrasi yang mana sistem demokrasi berpandukan kepada parlimen yang bertunjangkan Britain (The Mother of Parliments) yang ia memiliki kuasa utama dalam pembentukan perlembagaan (sistem yang mentadbir negara). Parlimen bagi sesebuah negara demokrasi boleh dianggotai sama ada oleh parti yang berbeza ideologi, kewujudan kaum lelaki mahu pun wanita (percampuran/ikhtilat), oleh orang kafir, fasiq, berilmu, jahil, mahu pun dari mereka yang memiliki aliran pemikiran yang pelbagai. Setiap usul dan cadangan yang dikutip dari suara mejoriti rakyat dibawa oleh setiap anggota atau perwakilan (termasuklah para pelobi) ke dalam parlimen untuk diputuskan. Yang mana di sini setiap perkara diputuskan berdasarkan terma-terma perlembagaan dan akal. Dengan tersebut, setiap perbincangan dan perbahasan sering melahirkan suasana yang tegang, saling mengkritik, merendah-rendahkan, pelepasan perasaan, pertikaman lidah, pertengkaran dan seumpamanya sebagaimana yang sering berlaku di Korea, Taiwan, Eropah, dan beberapa negara lain. Ini sekaligus menunjukkan betapa tidak matangnya perbahasan seperti itu dan sistem yang mereka duduki.
Berbeza dengan Islam melalui sistem Syura, Ia bertunjangkan kepada dasar-dasar agama wahyu berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini kerana setiap Muslim beri’tiqad bahawa tiada suatu teori atau falsafah yang lengkap kecuali Kitab Allah (al-Qur’an) yang merupakan wahyu dari Allah sebagaimana dalil yang dibawakan tadi, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3) dan juga firman-Nya yang bermaksud, “Tiadalah Kami lupakan sesuatu pun dalam al-Kitab (al-Qur’an)” (al-An’am, 6: 38). Oleh kerana itulah, Islam menolak apa jua teori dan pemikiran yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang telah sempurna bagi manusia.
Di dalam perundangan Islam, pemimpin adalah dipilih melalui sistem Syura yang melibatkan ahlul hal wal aqdi yang terdiri daripada para ulama lagi ilmuan yang mengetahui selok-belok kepimpinan, yang soleh, bijaksana, zuhud, adil lagi taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Majlis Syura mungkin terdiri dari 2 orang anggota, tiga orang, empat orang, lima orang, atau enam orang. Ia juga sah dengan satu orang keanggotaan berdasarkan atsar (riwayat dari sahabat) tertentu. (Ikuti perbahasannya di dalam al-Ahkam as-Sulthaniyyah oleh Imam al-Mawardi)
Mereka dari kalangan anggota majlis Syura (ahlul hal wal aqdi) perlulah mengetahui dan menyelidiki peribadi seseorang yang hendak dipilih sebagai pemimpin. Sama ada dia layak atau pun tidak. Sama ada dia memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik atau tidak. Kemudian mereka memilih siapa di antara orang-orang tersebut yang paling banyak kelebihannya, paling lengkap kriterianya, mampu berijtihad di dalam soal hukum tertentu di dalam pentadbiran, yang mampu mendapat sokongan (ketaatan) daripada rakyat, dan mereka tidak menolak dalam membai’atnya (mentaati dan mengangkatnya). Seseorang yang ingin dilantik untuk menjadi pemimpin tidak boleh dipaksa dan jika dia menolak untuk dijadikan sebagai pemimpin, maka jawatan kepimpinan haruslah diberikan kepada orang lain yang memiliki kelayakan. Ini kerana jawatan kepimpinan adalah aqad atas dasar kerelaan dan tidak boleh mempunyai unsur-unsur paksaan di dalamnya. (Rujuk: Imam al-mawardi, al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Darul Falah (Jakarta), Cet. 3 (Mei 2007), m/s. 6)
Perlantikan pemimpin juga adalah berdasarkan kriteria semasa. Menurut Imam al-Mawardi di dalam persoalan ini katanya:
“Jika individu pertama lebih pandai dan individu kedua lebih berani, maka yang dipilih adalah siapa yang paling tepat pada zaman tersebut. Jika pada zaman tersebut yang diperlukan adalah keberanian kerana wujudnya pelbagai ancaman dan perlunya kepada pertahanan dan perjuangan, maka mereka yang lebih berani diperlukan. Jika yang diperlukan pada zaman tersebut adalah ilmu, di mana mungkin pada masa tersebut bermunculan ramainya ahli bid’ah dan banyaknya kejahilan maka individu yang berilmu adalah lebih diperlukan.” (Rujuk: Imam al-mawardi, al-Ahkam as-Sulthaniyyah, Terbitan Darul Falah (Jakarta), Cet. 3 (Mei 2007), m/s. 6)
Maka, melalui majlis Syura, pemilihan utama bagi suatu jawatan kepimpinan adalah berlegar di dalam pemesyuaratan dan perbincangan dalam kalangan barisan para ulama, mereka yang benar-benar berilmu dan arif lagi bijaksana dalam soal tersebut. Ia tidak diserahkan kepada orang awam atau kelompok sembarangan yang tidak berkelayakan yang mana terdiri dari pelbagai latar belakang yang sama ada diketahui atau sebaliknya. Maka, pemilihan dapat berlaku dengan aman, ilmiyah, dan pemilihan berlaku dengan tepat di atas dasar ketelitian serta pengetahuan yang menepati keperluan.
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermesyuarat (syura) antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah asy-Syuraa, 42: 38)
Melalui aspek Syura juga, asas piawaian pada setiap permasalahan akan dirujuk kepada al-Qur’an dan bimbingan as-Sunnah. Begitu juga asas, kaedah, serta peraturan untuk suatu ketetapan hukum tertentu dan perundangan diteliti berdasarkan Kitabullah (al-Qur’an) dan as-Sunnah sebelum tindakan dilaksanakan. Setiap persoalan dinilai secara ilmiyah berdasarkan dua sumber tersebut yang merupakan perlembagaan tertinggi umat Islam. Persoalan-persoalan ini diserahkan (dikembalikan) hanya kepada mereka yang mengetahui (yang memiliki ilmu) lagi ahli dalam setiap bidangnya.
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata.” (Surah al-Ahzaab, 33: 36)

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang isi al-Qur’an dan sunnah) jika kamu tidak mengetahui” (Surah an-Nahl, 16: 43)
Berbeza sekali dengan kaedah-kaedah yang dibentuk di dalam sistem demokrasi, semua perkara dan permasalahan rakyat dikembalikan kepada kebijaksanaan rakyat, kuasa di tangan rakyat (dan melalui wakil-wakilnya di parlimen), dan fokus perlembagaannya adalah juga dibentuk berdasarkan pemikiran manusia yang terbuka kepada pelbagai kelemahan sekaligus membelakangkan perlembagaan tertinggi iaitu al-Qur’an dan sunnah Rasul-Nya.
10 - Demokrasi Adalah Permainan Yahudi
Setelah kita memahami dasar-dasar dan asas pembinaan sistem demokrasi yang sebenarnya amat-amat bercanggah dengan kehendak Islam, maka seterusnya kita lihat ia dari suatu sisi pandang yang lain pula.
Sebenarnya sistem demokrasi merupakan hadiah palsu yang diberikan oleh para imperialis Barat kepada para juhala’ Islam. Mereka mengajak kepada kebebasan dan bertindak menurut kehendak serta keinginan rakyat. Sedangkan masyarakat sendiri ada pelbagai peringkat sama ada memahami politik (siyasah) dan sistem pentadbiran atau tidak, berilmu atau tidak, dan yang lebih penting bagaimana keadaan agamanya. Maka, akhirnya sistem pentadbiran sesebuah negara akan menjadi rosak diakibatkan ia dikuasai (dicorakkan) oleh golongan yang memiliki pelbagai pemikiran dan latar belakang yang tidak selayaknya. Sememangnya ideologi jahiliyah ini telah ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan oleh golongan barat (dan yahudi) serta para pemimpin Islam yang berupa boneka dari pemilihan dan didikan penjajah tersebut yang telah bersedia dari awal-awal lagi sebelum mereka meninggalkan negara-negara Islam. Mereka sebenarnya bertujuan untuk meneruskan konsep penguasaan (penjajahan) dan niat jahat terhadap rakyat dan negara Islam setelah mereka terpaksa melepaskan atau meninggalkan negara-negara tersebut lantaran tuntutan dan perjuangan kemerdekaan yang tidak dapat mereka kawal sehinggakan kepada membahayakan diri dan kepentingan-kepentingan mereka.
Penerimaan demokrasi oleh masyarakat islam adalah sebagai satu simbol dan tanda kekalahan, kehancuran, serta kejatuhan Daulah Islamiyah (sistem perundangan Islam) yang nyata. Inilah sebuah hadiah palsu yang memalukan yang diberikan oleh penjajah (Winston Churchill) kepada negara Mesir setelah sekian lama negara Islam itu merayu untuk dimerdekakan. Suatu sindiran yang sinis dan terlalu memedihkan hati telah pun diucapkan oleh si biadab ini kepada negara Mesir dengan katanya, “Give them a toy to play with” (Berikan mereka satu permainan (demokrasi) supaya mereka bermain-main dengannya). (Rujuk: Muhammad Salleh Abbas, Piliharaya malaysia, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987, m/s. 3)
Maka, hanya orang-orang yang beriman dan mampu berfikir sahaja akan berupaya memahami keadaan dan penghinaan tersebut.
Hakikat keberkesanan dakyah dalam mempropagandakan dasar kebebasan melalui sistem demokrasi adalah suatu bentuk permainan yang diprogramkan dalam konspirasi Yahudi antarabangsa untuk memberi kebebasan kepada kaum Yahudi melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. (Rujuk: Muhammad Qutb, Mazahib Fikriyah Mu’assirah, Dar as-Syuruq, jil. 1, 1984, m/s. 197) Kita perlu sedar dan mengetahui bahawa kekayaan dunia dan hasil khazanahnya telah dimonopoli serta dieksploitasi oleh golongan Yahudi. Kejayaan mereka ini adalah hasil dari penipuan, penindasan, dan penghisaban darah yang dilakukan oleh Yahudi secara zalim terhadap golongan selain masyarakat Yahudi yang mereka anggap sebagai haiwan. Oleh kerana itulah demokrasi berdasarkan prinsip-prinsipnya adalah suatu operasi yang hampir keseluruhannya diwujudkan untuk lebih memihak dan menguntungkan golongan orang-orang kaya, berharta, serta yang telah sedia berada di persada kuasa. Mereka membeli rakyat (mempengaruhi) dengan menguasai pemkiran-pemikiran mereka. Mereka menghamburkan wang kepada kelompok-kelompok tertentu pada masa-masanyanya bagi tujuan kelangsungan politik tertentu. Akhirnya siapa pun yang berkuasa, ia akan tetap sama. Kerana ekonomi dan negara telah dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu. Namun, rakyat dan masyarakatlah yang kelak berpecah-belah kerana mereka merasakan pemerintahan tidak lagi sebaik yang diharapkan. Padahal sistem pemerintahan telah pun dikawal oleh pihak-pihak tertentu.
Di sinilah masyarakat mula bertindak menurut prinsip-prinsip yang lebih jauh penyimpangannya dari agama di mana mereka yang jahil juga turut tampil menjadi jaguh untuk memperbaiki keadaan yang bercelaru dengan perpecahan kesatuan rakyat dan pelanggaran sistem-sistem Islam yang semakin berleluasa. Perundangan yang lebih jauh menyimpang pula terus direka-cipta lantaran yang ia dipegang oleh golongan yang tidak mengerti (dari kalangan rakyat pelbagai latar belakang).
Sedangkan Allah Subahahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata tentang urusan (agama); maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan kerana kedengkian yang ada di antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka selalu berselisih padanya. Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Surah al-jatsiyah, 45: 17-18)
Allah Subhanahu wa ta’ala juga telah menjelaskan betapa bahawa orang-orang yahudi itu tidak akan redha dengan umat Islam dan akan sentiasa mencari-cari cara untuk menghancurkan kita semua (umat Islam).
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, 2: 120)
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Surah al-Ma’idah, 5: 82)
Dalam suatu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian mengikutinya.”
Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nashrani?” beliau menjawab, “Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Jika kita melihat kepada sejarah, negara Islam yang manakah telah tertegak berpandukan kepada sistem demokrasi? Seterusnya jika benar ianya tertegak, bagaimanakah (serta apakah) polisi dan perlembagaan yang diguna pakai? Bagaimanakah kestabilan dan penerimaan masyarakat terhadapnya? Wujud atau tidak?
Demokrasi telah memberikan kegagalan kepada printisnya “Masyarakat Greek” di Kota Athens. Ia juga pernah menyebabkan kegagalan yang serius kepada beberapa negara walaupun mereka telah mencuba mengolah semula dan mahu menjadikannya suatu kenyataan. Hakikat ini dapat dibuktikan melalui sejarah Jepun, Itali, dan German. Mereka menerima kegagalan yang paling mengecewakan semasa melaksanakan sistem demokrasi ini di negara masing-masing. Akhirnya mereka mengambil alternatif perjuangan Mussolini dan Hitler melalui cara perjuangan Fasisme yang sederhana. Malangnya teori ini juga telah menghancurkan negara mereka sehingga German terpaksa menerima perjanjian Versailles yang memalukan rakyatnya. German juga terpaksa menghadapi pelbagai krisis sehingga pada tahun 1923, mata wang German tidak bernilai langsung, hinggakan satu dollar Amerika saja sudah bernilai 400000 Marks.
Kemenangan sesebuah parti atau seseorang individu melalui sistem demokrasi adalah bergantung kepada keupayaan dan kebijaksanaan para pejuangnya dalam memperdayakan rakyat. Ini dilakukan dengan pembinaan karisma, penampilan, dan kepetahan dalam berbicara (bersyarah/berucap). Seterusnya, dia perlu bijak menabur janji, mengolah isu, pemberian kebendaan yang jelas jauh dari asas-asas Islam yang murni.
Sekalipun sesebuah parti atau seseorang individu mampu menguasai tampuk pemerintahan (kepimpinan), adakah dia mampu mengubah minda masyarakatnya untuk dibawa ke medan agama? Atau sebaliknya, masyarakatnya yang berbilang telah memberikannya halangan dan masalah yang akhirnya menjadikannya serba salah untuk memuaskan setiap pihak masyarakat?
Sedangkan rakyat yang tidak memahami aqidah, tidak mengenal agama dan tidak memiliki kesedaran terhadap Islam, pastinya mereka tidak akan mahu untuk menerima cara Islam berserta perlaksanaan-perlaksanaannya. Lebih-lebih lagi apabila mereka telah terbiasa dengan sistem dan corak kehidupan yang liberal dan sekular. Maka, sekalipun mereka berada di atas tampuk kepimpinan, mereka akhirnya akan mendapat tentangan dari masyarakatnya akibat ketidaksetujuan dengan corak-corak baru yang cuba diterapkan. Maka masyarakat pada mas aitu akan terus cuba melakukan rombakan untuk menukar pemerintahan. Atau sebaliknya, akhirnya pihak pemerintah di negara demokrasi, sekali lagi terpaksa kembali kepada kehendak masyarakat yang akhirnya usaha menerapkan Islam melalui kuasa terbantut.
Begitulah putaran roda sebuah negara bersistem demorkasi. Penerapan Islam amat sukar sekali untuk berlangsung dengan jayanya. Ianya akan terus disekat atas kehendak rakyat dan akhirnya dipersenda-sendakan begitu saja.
11 - Jalan Keluar Dari Dilema Demokrasi Dan Perpecahan Umat
Memperbaiki Bermula dari Individu, Keluarga dan Masyarakat
Kestabilan sesebuah negara (pemerintahan dan pentadbirannya) itu sebenarnya terbentuk bermula dari diri setiap individu yang kemudiannya keluarganya, dan seterusnya keterlibatannya dalam kemasyarakatan, yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara tertentu tersebut.
Maka, perlulah untuk kita memahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita. Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul, bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut? Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang positif tidak wujud dalam diri setiap individu yang membentuk sesebuah masyarakat tersebut?

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)
Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan,
“Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.
Ar-Rabi’ bin Anas telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.
Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... ...Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55).
Allah menjadikan Nabi-Nya mampu menguasai Jazirah arab, sehingga mereka pun merasa aman dan tidak lagi sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga (ketakutan). Kemudian setelah Allah mewafatkan Nabi-Nya, mereka tetap merasa aman di bawah pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Ustman...” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 431-432)
Beliau juga menjelaskan,
Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam. Namun dalam sebuah hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, dan diriwayatkan melalui banyak jalur periwayatan, disebutkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim, 1/137) (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 436-437)
Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)
“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)
“Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (ash-Shaffat: 147-148)

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 3, m/s. 430)
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (al-Isra’, 17: 16)
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.
Begitu juga dengan firman Allah,
“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin. Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,

Abdul Malik bin Marwan pernah berkata,
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)
Maka, dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah berserta cemerlangnya sesebuah pentadbiran itu sebenarnya bergantung kepada kesolehan dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya. Maka, atas sebab itu, kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita. Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah menambah ilmu, pengetahuan dan maklumat berkaitan agama bagi tujuan membersihkan diri (dan masyarakat) dari pelbagai jenis kecelaruan dan kekeliruan (kejahilan). Hanya dengannya kita mampu memperbaiki diri-diri kita, keluarga kita dan seterusnya menerapkannya ke dalam segenap ruang lingkup kehidupan kita dan mengaktifkannya bersama-sama dengan masyarakat sekeliling.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr, 103: 1-3)
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)
Maka, sebagai jalan penyelesaiannya di sini adalah kita masing-masing perlu berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan agama berpandukan dasar-dasar yang jelas tsabit berpandukan petunjuk dari al-Qur’an dan as-Sunnah dengan tafsiran-tafsirannya yang jelas (di atas prinsip para salaf). Proses tasfiyah (pemurnian) dalam beragama (beraqidah) perlu berlaku dan pentarbiyahan (didikan) pula perlu berlangsung dengan ilmu yang betul.
Sentiasa Mendoakan Kebaikan Untuk Pemimpin
Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah:
Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)
Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, meskipun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezalian dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
Terlantiknya Pemerintah
Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah, di dalam kitabnya, Ushulus Sunnah:
Prinsip ahlus sunnah (di dalam prinsip ke-28) - Mendengar dan taat kepada para imam (penguasa pemerintahan), khalifah, amirul mukminin, yang baik mahupun sebaliknya. Begitu juga (mendengar dan taat kepada) orang yang memegang tampuk pemerintahan (kekhalifahan yang telah disepakati dan diredhai oleh umat manusia). Demikian pula (mendengar dan taat kepada) orang yang dapat mengalahkan manusia dengan pedang hingga menjadi khalifah, penguasa, atau amirul mukminin.
Kekuasaan itu boleh terjadi melalui tiga kemungkinan:
Pertama: Dengan ketetapan dan wasiat dari imam (penguasa) terdahulu. Demikian ini sebagaimana terjadi pada Abu Bakar ketika mewasiatkan supaya Umar menjadi khalifah.
Kedua: Dengan pemilihan yang dilakukan oleh ahlul Halli wal aqdi. Mereka memilih khalifah dan imam, sebagaimana yang terjadi pada pengangkatan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah. Para sahabat Nabi s.a.w.bersepakat membai’at Ali sebagai khalifah. Begitu juga bersepakatnya para sahabat membai’at Mu’awiyah selepas Ali.
Ketiga: Dengan kekuatan dan pemaksaan (kekerasan – tidak melalui jalan yang aman - penterjemah). Iaitu bila mana seseorang mengalahkan orang yang banyak atau kumpulan tentera yang lain, sehingga dengan kekerasan dan kekuatannya, ia menjadi penguasa. Pada cara yang ketiga ini, sesorang menang dan berkuasa dengan cara kekerasaan. Walaupun banyak syarat tidak dipenuhi, namun di dalamnya mengandungi hikmah, iaitu apabila seseorang menang dengan kekerasannya, menunjukkan bahawa ia mempunyai kekuatan. Jika ia diperangi lagi, tentu ia akan menimbulkan konflik dan fitnah yang berterusan. Bahkan mampu menimbulkan suasana saling berbunuhan dan perperangan yang lebih besar di kalangan umat muslimin. Dalam keadaan yang seperti ini, maka, maslahah dan keutamaannya adalah, agar pemimpin yang memperoleh kekuasaan dengan cara ketiga ini tetap harus didengari (ditaati). Inilah pegangan para ulama. Sebahagian ulama yang lain menyatakan, ia lebih kuat untuk berjihad, kerana jika ia memiliki tentera yang dapat menguasai kaum muslimin di suatu negeri dan memiliki kekuatan, bererti membuktikan bahawa ia merupakan orang terkuat untuk melakukan jihad dan perang. Yang mana, dengan kekuatannya itulah dia menjadi pemimpin.
al-Hafizd Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
Para fuqaha bersepakat atas wajibnya taat kepada imam yang mutaghalib (berkuasa melalui peperangan mahupun kekerasan). (Lihat: Fathul Bari (13/7), Maktabah Riyadh Haditsah).
Penutup
Maka, kini telah jelaslah bahawa sebenarnya sistem demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara-negara Islam sebenarnya banyak menjurus kepada pelbagai perlanggaran terhadap hukum-hukum Islam yang murni. Ia juga mengajak masyarakat meninggalkan agama sedikit demi sedikit. Sekaligus ia menjadi agen yang bertindak mengikis nilai-nilai aqidah dan akhlak-akhlak Islam dari dalam diri setiap individu masyarakat. Dengan itu, semoga kita mampu memikirkannya kembali dan mula untuk melakukan pembaikan menurut kaedahnya. Sebaik-baik petunjuk dan suri tauladan, adalah apa yang dibawkaan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam.
Wallahu’alam...