Dalam sejarah tanah air telah tercatat 16 September 1963 ialah hari pembentukan Malaysia. Ia itu kemasukan Borneo Utara ( Sabah), Sarawak dan Singapore. Tunku juga pernah mempelawa Brunei untuk menyertai Malaysia tetapi tidak berjaya.
Sabah dan Sarawak sememangnya telah lama merayakan 16 September setiap tahun itu pun tidak secara besar-besaran, hanya sekarang sambutan kecil dan cuti umum negeri. Anwar dan Selangor pula ingin menyambut 16 September sebagai Hari Malaysia atas alasan apa?
Saya tidak nampak sesuatu yang perlu disambut oleh Selangor. Adakah Selangor juga menyertai Malaysia pada 16 September 1963? Jelas menunjukkan sambutan ini ialah merayakan ulang tahun Lee Kuan Yew yang mencadangkan Malaysian Malaysia.
Kerajaan negeri Kelantan pernah menyambut ulangtahun hukum hudud, tetapi hukum hudud tak pernah dilaksanakan di negeri itu. Jelas menunjukkan Anwar sekali ketandusan Idea untuk menganjurkan demontrasi jalanan seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Dia tahu sokongan rakyat untuk keluar di jalanan untuk memprotes dan menyokong beliau sudah berkurangan. Protes minyak naik tidak mendapat sambutan, Protes Bersih pun kerana Pas bagi sokongan, nak buat Vigil pun gagal kerana menyedari ia adalah upacara agama Kristian.
Perhimpunan ini adalah usaha untuk menarik orang ramai supaya memberi sokongan terhadap dirinya dan ruang untuk dia menjelaskan kegagalan rampasan kuasa . Beliau akan memberi seribu alasan yang menyalahkan BN.
Hari ini pun dia memberi alasan kerana penahan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin dalam ISA. Esok alasannya ialah ribut taufan di Taiwan sebagai penghalang kepada 50 MP Barisan melompat parti.
Begitu lah Anwar yang sentiasa betul dan sentiasa menyalahkan orang lain. Orang begini cukup bahaya. Andai dia menjadi PM dan kerajaan gagal dalam semua projek, dia akan menyalahkan menteri-menterinya dan dia tidak bersalah.
Begitulah lakunya dalam PKR. Setiap yang tak betul dan salah adalah kesalahan orang lain. Setiausaha tak betul, PA salah. PRO salah, GRO salah. Dia saja yang betul dan bijak.