Politik Malaysia hari ini makin kelabu dan berasap, Barisan Nasional di asak habis-habisan oleh pembangkang yang dikepalai oleh Anwar. Dengan sokongan Amerika dan badan NGO, Anwar semakin ghairah menentang kerajaan.
Sokongan media barat seperti CBS, CNN,Al-Jazeera terhadap Anwar menyebabkan dia lebih mengepak sayapnya. Kalau satu ketika dahulu dia terpaksa menyorok di Kedutaan Turki kerana ada ugutan bunuh, hari ini hilang takut, hilang rasa untuk bersembunyi di mana-mana kedutaan.
Kalau dahulu ada ura-ura Anwar ingin mendapatkan suaka politik , hari ini tidak lagi setelah berjaya menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Tugas barunya ialah menggulingkan kerajaan yang ada. Emas 916 telah di lebur menjadi emas baru mungkin bernama emas 2010.
Berbalik kepada komponen BN. Beberapa komponan parti hari ini sudah berani meninggikan suara dalam hujah dan pandangan mereka. Terkini ialah Gerakan, MCA, PPP, bersuara terhadap penahanan ISA.
Dalam UMNO sendiri sudah ramai VIP yang berani menyuarakan pendapat masing-masing, mengkritik individu lain melalui kenyataan akhbar, televisyen dan blog. A kritik B, C kritik D, E kritik F, dan sebaliknya.
Zaman Tun Mahathir dahulu fenomena seperti ini tidak berlaku, jika ada yang remeh-remeh pun cepat-cepat ia di selesaikan secara muafakat. Sekarang semua seperti sudah naik tocang. kadok sudah naik junjung. Yang pening kepala ialah Pak Lah. Yang rugi ialah Melayu.
Melayu rugi kerana selalu mengalah. selalu berlembut, selalu takut akan orang lain berkecil hati. Benarlah kata Tun Mahathir, British memerdekakan kita dahulu bukannya dengan kebebasan seadanya. Dia meninggalkan bom jangka juga dan akan melihat kehancuran kita.
Kepada VIP dalam komponen BN, janganlah menjadi jaguh di gelanggang sendiri. Harus diingat ramai lagi diluar sedang memerhati kita. silap hari bulan tiada lagi jawatan VIP. Ahli Parlimen membuat dasar dan undang-undang.
ISA telah diluluskan dalam kabinet, semua ahli parlimen dan dewan senat telah bersetuju dengan ISA. kenapa ada bapak-bapak menteri dan bukan menteri nak mempertikaikan amanah dan mandat yang diberi kepada PDRM. Apa akan berlaku jika PDRM enggan melaksanakan tugas mereka.
Hari ini pihak PDRM sentiasa berada di persimpangan delima. Saya ambil contoh bab dadah. Satu ketika dahulu polis begitu aktif membuat serbuan ke disko dan kelab malam. Hasilnya ramai anak remaja di bawa ke balai polis dan ditahan kerana positif dadah. tetapi tidak didakwa ke mahkamah. Mengapa? kerana ada tangan-tangan dan mulut-mulut nakal VIP lah.
Sampai bila PDRM mampu bebas dari campur tangan VIP. Pak Lah memberi ruang sebesar-besarnya kepada PDRM dan BPR hari ini untuk menjalankan tugas tanpa gangguan. Hormatlah mereka.
Kita semua mahu agar negara bebas jenayah, bebas salah laku. Pakatan Rakyat mengkritik kerajaan kononnya BN gagal menanganni jenayah, rasuah dan sebagainya, Tapi mereka sendiri menghalang tugas PDRM dan BPR.