Ahad, 21 September 2008

ISA Singapura di sokong , ISA Malaysia di tentang.

Kerajaan Lee Kuan Yew dari dulu telah menggunakan ISA untuk menewaskan musuh-musuh politiknya. Pendedahan ini telah dibuat dalam bahan-bahan penulisan dari republik tersebut.

Astro Malaysia pernah menceritakan tentang penahanan orang-orang yang menentang demokrasi Singapura secara songsang dan salah, ertinya tidak mengikut sistem demokrasi yang sebenarnya.

Bahkan seoarang aktivis ARDA yang menjadi rakan karib Tian Chua ditahan oleh kerajaan Sg.

Kenapa Dap dan Pkr tidak memprotes ISA di Sg supaya di mansuhkan? Kenapa ISA di My sahaja yang ditentang.

Saya yakin penentangan ISA ini hanya sementara sahaja, supaya ia dapat menghalalkan apa juga tindakan puak-puak pembangkang.

Seandainya suatu hari nanti mereka memerintah, satu istilah baru mungkin diwujudkan dan akan lebih kejam dari ISA yang ada.