Ahad, 21 September 2008

Harakah habis modal. Pekan Sg Bayur jadi mangsa

Ulasan Penulis,
Sejak harakah keluar 2 kali seminggu nampaknya mereka kehabisan modal untuk menulis. Hari-hari baca surat khabar aliran perdana untuk cari bahan.

Lawak dan lucu kerana mendedahkan gambaran pekan Sg Bayur di Selama. Adakah menjadi tanggung jawab kerajaan Persekutuan untuk membangunkan pekan tersebut?

Tugas kerajaan ialah menyiapkan frasa rana untuk pembangunan maka terpulanglah kepada rakyat untuk mewarnai sesuatu tempat mengikut keupayaan penduduk setempat.

Jalan kampung, masjid, surau, klinik, sekolah dan dewan orang ramai itu lebih penting untuk di majukan oleh kerajaan Perak dahulu,

Ramai anak-anak Sg Bayur sudah berjaya dan menjadi ahli-ahli koperat di kota-kota besar sudah cukup membuktikan kejayaan kerajaan sebelum ini.

Untuk membangunkan sektor pertanian, kerajaan juga telah banyak melabur melalui projek tanam semula getah, kelapa sawit dan juga projek penternakkan haiwan. Ramai orang Sg Bayur memperolehi manfaat dari pembangunan tersebut.

Sekarang kerajaan Pas memerintah, eloklah Pas Perak bina kedai baru untuk penduduk di situ. Kita lihat akan kejayaannya nanti.

Cuba kita lihat bandar lama Simpang Pulai. semakin hari semakin sepi. kenapa? sebab manusia di situ sudah berhijrah.

Kalau di bandar bandar desa di Amerika , memang banyak bandar-bandar tinggal kerana sudah kehabisan sumber galian. Sg Bayur tiada galian , yang ada ialah sumber pertanian. sebab itu penduduk Sg Bayur semakin mewah dan semakin kaya. Rumah semakin besar. Tak lama lagi adil fitri, kita boleh lihat kereta-kereta anak-anak Sg Bayur memenuhi setiap rumah termasuk juga rumah orang Pas dan Pkr.

Yang tu tak nampak kah?

Harap Harakah dedahkan pula rumah-rumah buruk dan kedai-kedai buruk di Kelantan, Tak berani? tak apa nanti ada kelapangan saya akan ke Kelantan dan dedahkan kemunduran yang gagal di ambil oleh kerajaan negeri.
====================================================================

51 tahun merdeka: BN wariskan pekan 'Koboi' untuk rakyat
Mohd Sabri Said
Wed | Sep 17, 08 | 12:09:34 pm MYT

SELAMA, 17 Sept (Hrkh) - Pekan Sungai Bayu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Selama, Perak masih ketinggalan dari sudut pembangunan walaupun negara telah mencapai 51 tahun kemerdekaan.

Iklan




Pertukaran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) sejak dulu langsung tidak meninggalkan kesan pembangunan yang sewajarnya melainkan projek yang dilihat berkepentingan kroni sahaja.

ImageBanyak bangunan rumah kedai hampir roboh dan ada antaranya reput menanti rebah sedangkan BN sering melaungkan pembangunan untuk rakyat namun semuanya bak kata 'cakap tak serupa bikin'.

Agenda pembangunan hanya mainan mulut kepimpinan Umno dan BN takkala mencari undi dalam kempen pilihan raya umum tetapi bila menang pekan yang sedia usang bertambah sepi seperti "Pekan Koboi'.

Mana dia Adun Selama, Dato' Haji Daud dan Ahli Parlimen Larut, Dato' Hamzah Zainudin yang dulunya bermanis muka, kerap ke kampung-kampung, bertegur sapa atau belanja makan penduduk akhirnya jarang kelihatan kelibat bila tiket kemenangan di perolehi.

ImageSepatutnya, kedua-dua berganding bahu mengemukakan pandangan kepada Kerajaan BN agar memajukan Pekan Sungai Bayu dengan menaik tarafkan menjadi Pekan Batu bukan lagi bangunan kayu yang usang.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Garuk, Mohd Saleh Zainol Abidin, BN terbukti gagal memajukan pembaharuan di Pekan Sungai Bayu walaupun telah diberikan amanah memerintah 51 tahun.

Sepatutnya, pekan tersebut dimajukan seiring dengan kemenangan BN yang acapkali menjanjikan pembangunan dalam setiap kempen mereka bukan semakin mundur.

"Pekan Sungai Bayu jauh ketinggalan dari Pekan Selama dan apa yang harus rakyat fikirkan ialah di mana janji kepimpinan BN yang selama ini diberikan amanah, " tegasnya.

Manakala JKKK Sungai Bayu, Zakaria Awang juga mengakui suasana pekan usang itu bertambah sepi apabila rumah kedai yang ada semakin usang dan tidak berpenghuni.

Bila pekan kekurangan aktiviti jualan di mana orang ramai akan berkumpul melainkan datang membeli juadah berbuka di bulan Ramadhan atau berbual-bual di kedai kopi usang.

"Masyarakat di sini sebenarnya mahukan pembangunan tetapi sayang ia masih tidak menjadi kenyataan. Biarlah pembangunan di sini memberi keuntungan kepada penduduk bukan pembangunan sehingga menyebabkan orang kampung terpaksa gadaikan tanah atau lari ke tempat lain kerana kesempitan hidup, " ujarnya yang baru sahaja diberi mandat menjadi JKKK di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mks. _


Iklan Teks