Jumaat, 5 September 2008

Minggu lawak Jenaka

Jenaka pertama ialah jenaka Ramlang Poringi, bila dia nak jadi popular tanpa masuk Akademi Fantasia. Kedua pantun Dr Maza yang penuh persoalan, tak sangka beliau juga seorang ahli bahasa. Lawak ketiga ialah lawak sang kaduk nak naik junjung dua minggu lagi.

Seterusnya lawak seorang tua di sebarang mengajak anak-anak buah dia bercuti untuk sambut hari jadi , nak yamseng dan babique. dan majlis dimulakan dengan doa selamat oleh seorang ustaz dari P.Pinang.

Lawak bodoh seterusnya bila rakan-rakan bersembang katanya IG Datuk Musa Hassan lumpuh selepas operasi jantung di IJN. ternyata lawak mereka hanyalah nak tukar tajuk kisah kelemahan MB Perak.

Tadi terharu dengan dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail. Harap kerajaan tidak melatah dengan isu kecil ini seperti kes video warga China dimalukan dalam di lokap, biarlah kes disiasat dahulu. tak perlu buat lawak minta maaf, kalau kita tak bersalah.

Lawak terakhir ialah seorang doktor yang bercakap soal kerahsian dalam etika tugasnya tetapi dia sendiri yang mendedahkan kepada media