Perak dan Kelantan patut menyahut keluhan MCA supaya dibaiki semua sekolah SRJKC yang sudah uzur dan sudah dimakan anai-anai.
Biasanya sekolah yang uzur ni letaknya di kawasan cina miskin. Kalau di kawasan cina kaya tak akan berlaku semua tu,
Di Taiping rata-rata sekolah cina yang majority pelajar cina dan melebihi seribu pelajar , sekolah tersebut mempunyai bangunan yang cantik mengalahkan SK. Dewan bola keranjang juga besar dan hebat.
Sekolah cina yang buruk , daif dan uzur pula terletak di kawasan melayu. Dahulunya ramai orang cina menghantar anak ke SRJKC tersebut kerana mereka tinggal di kawasan kampung sebagai peniaga runcit dan pekerja estet. Hari ini anak-anak cina sudah berpindah ke bandar Taiping dan tinggal sekolah cina yang usang di kampung-kampung atau pekan kecil
Hari ini taraf ekonomi mereka sudah berubah dan sekolah cina kampung dan pekan kecil dipenuhi oleh orang melayu atau india. dan ada sekolah cina hampir tiada murid cina. Maka sekolah tersebut uzur kerana tidak ada dermawan cina sanggup untuk menderma bagi membina bangunan baru.
Sekolah cina ini banyak di kategorikan sebagai sekolah kurang murid. dan patut ditutup sahaja. tetapi pihak -pihak tertentu menghalang usaha penutupannya dengan pelbagai alasan. Ada sekolah cina yang hanya ada seorang pelajar, seorang guru besar dan seorang guru. murid tu pula bukan murid cina. pelik bin ajaib. tak boleh tutup..pula tu
Adalah diharapkan kedua-dua MB melayu ini dapatlah menghulurkan bantuan kepada SRJKC ini yang serba kekurangan.